MENYELAMATKAN SI IBU KUCING BERSAMA DUA EKOR ANAKNYA YANG DILAHIRKAN PADA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
Kucing
betina itu dibuang semasa ia bunting. Disebabkan tiada tempat berlindung yang
selamat dan sesuai, akhirnya ia melahirkan anaknya di kaki lima kawasan lot
kedai. Tolonglah jangan buang kucing.
Pada
hari Sabtu minggu lepas 21hb Mac 2020 sewaktu saya tiba di sebuah kawasan lot kedai
untuk meletakkan makanan biskut kucing dan air di bekas yang saya tinggalkan di
situ, tiba-tiba saya ternampak kucing betina putih sedang baring dalam sebuah bekas
gabus putih di hadapan sebuah kedai yang tutup atas sebab Perintah Kawalam
Pergerakan.
Lalu
saya mendekati kucing betina putih yang telah dibuang di kawasan lot kedai itu
lebih sebulan yang lalu. Kemudian saya dapati terdapat dua ekor anak bersamanya.
Oh nampaknya ia telah melahirkan anaknya. Sehari sebelum itu masa saya datang
ke situ pada sebelah pagi, kucing betina
itu belum melahirkan anaknya lagi.
Mungkin
ia melahirkan anaknya pada sebelah petang atau malam dan saya rasa seorang
pekerja kedai warga Indonesia yang selalu menegur bila saya datang untuk beri
makan pada kucing-kucing jalanan di situ telah membantu meletakkan kucing itu
bersama anaknya ke dalam bekas gabus putih siap beralas kain.
Memang
kesian melihat keadaannya dan risau mereka diganggu oleh manusia dan anjing
liar. Saya tidak dapat membawanya balik ke rumah kerana saya masih dalam waktu
bertugas dan tambahan pula dalam rumah saya sudah sesak dengan kucing dan tiada
sangkar kosong.
Selepas
itu saya telah berkongsi kisah kucing ini di facebook saya dengan harapan
adalah pihak yang boleh ambil tanggungjawab untuk menjaga dan memberi perlindungan
buat si ibu dan dua ekor anaknya itu. Ramai yang memberi maklumbalas dan
membuat pekongsian.
Alhamdulillah
akhirnya usaha saya membuahkan hasil. Pada sebelah malam saya telah menerima
panggilan telefon daripada seorang kakak dari Cahaya SPK Shah Alam yang
menyatakan hasrat untuk menjaga si ibu kucing serta anaknya itu dan beliau
meminta saya menghantar ke rumahnya.
Keesokkannya
hari Ahad selepas selesai melakukan kerja sambilan, saya pun segera pergi ke
lokasi kucing itu berada. Mujur ia masih ada di situ dan selamat. Kemudian saya
pun bergerak ke Cahaya SPK Shah Alam. Sebenarnya saya rasa risau juga nak
bergerak jauh dalam keadaan “Perintah Kawalan Pergerakan” disebabkan penularan wabak
covid 19 tapi demi menyelamatkan si ibu kucing dengan dua ekor anaknya saya
redah juga dan bersedia sekiranya ditahan dalam sekatan jalan.
Alhamdulillah
perjalanan saya telah dipermudahkan dan akhirnya selamat sampai ke rumah
keluarga angkat / pemjaga barunya. Kemudian ia dimasukkan ke dalam sangkar yang
luas. Selepas itu kucing bertuah ini mendapat tiga ekor anak angkat. Anak-anak
angkatnya itu telah kematian ibu. Mujur ia sudi menyusukan anak-anak angkatnya.
Kakak yang sudi menjaga si ibu kucing
dengan dua ekor anaknya adalah seorang yang hebat. Kenapa saya kata beliau
seorang yang hebat? Sebab beliau berupaya dan mampu menjaga lebih serratus ekor
kucing di rumahnya.
Saya
dapati kucing-kucing bawah jagaannya semuanya dijaga dengan baik, sihat dan
berisi. Keadaan rumahnya juga bersih dan tidak berbau. Semua kucing bawah
jagaannya dikurung dalam sangkar yang luas dan selesa. Beliau tidak melepaskan
kucing berkeliaran. Memang hebat kakak ini. Saya berasa kagum dengan semangat
dan kegigihan beliau menjaga serta memberi perlindungan buat kucing-kucing
bawah jagaannya.
Semalam
hari Isnin kakak itu memaklumkan kepada saya beliau telah membawa si ibu kucing
itu untuk menjalani pemeriksaan perutnya kerana beliau risau sekiranya masih
terdapat anak dalam kandungannya. Beliau juga sudi berkongsi video semasa si
ibu kucing itu sedang menjalani pemeriksaan di klinik haiwan. Memang bertuah si
ibu kucing itu. Dikesempatan ini saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada
kakak yang berhati mulia itu dan semoga beliau diberikan kesihatan yang baik
serta diluaskan lagi rezekinya sekeluarga.
Comments