Abam adalah seekor kucing jantan yang hidup gelandangan di sebuah hentian highway yang tiada kedai makan dan jauh dari kediaman manusia. Semalam 28hb September 2019 – Sabtu semasa saya sedang bertugas membuat rondaan dengan motorsikal di kawasan highway untuk mengutip sampah-sampah yang dibuang oleh pengguna highway, tiba-tiba di suatu lokasi saya ternampak seekor kucing berwarna hitam putih terbaring di atas rumput. Lalu saya memberhentikan motorsikal untuk melihat dengan lebih dekat lagi. Saya berasa terkejut melihat kucing yang telah kaku akibat mati dilanggar kenderaan dan mengalami kecederaan teruk pada bahagian muka serta belakangnya itu kerana saya kenal ia adalah seekor kucing jantan gelandangan yang hidup bergelandangan di sebuah hentian highway jaraknya 4km dari lokasi berkenaan. Saya panggilnya Abam kerana saiz badannya besar dan sado. Tapi apa yang menghairankan saya adalah bagaimana Abam boleh sampai ke lokasi ia ditemui mati itu. Untuk ke lokasi yang jara