Skip to main content

JUMPA ANAK KUCING DIBUANG BAWAH FLAT : AKHIRNYA BUAT KEPUTUSAN UNTUK TERUS MENJAGANYA KERANA GAGAL MENDAPAT KELUARGA ANGKAT

Pada 30hb April 2019 yang lalu, saya telah terjumpa seekor anak kucing jantan berusia dalam 2 bulan lebih yang dibuang bawah pangsapuri tempat tinggal saya. Kemudian saya nampak seorang budak lelaki anak kejiranan telah menyepak anak kucing ini. Disebabkan risau dan kesian melihat anak kucing itu, saya pun ambil dan bawanya masuk ke dalam rumah walaupun sebenarnya dalam rumah saya sudah sesak dengan kucing. Di sini  memang kerap manusia yang tidak bertanggungjawab membuang kucing.
Kemudian saya iklankannya di laman facebook saya dan juga dibeberapa laman group facebook berkaitan kucing untuk mencari keluarga angkat yang boleh menjaganya. Namun sehingga hari ini masih gagal mendapatkannya keluarga angkat.

Setelah berfikir panjang dan membuat pertimbangan, disebabkan berasa kesian melihat keadaannya, saya dan isteri telah membuat keputusan untuk terus menjaga dan memberinya perlindungan dalam rumah kami. Sebenarnya bukan mudah untuk kami membuat keputusan kerana ini bermakna sedikit sebanyak akan meningkatan kos perbelanjaan yang perlu kami keluarkan.
Anak kucing ini manja dan pandai membuang najisnya di tempat bekas pasir tandas yang disediakan. Insha Allah kami akan jaganya dengan baik dan harap dia membesar dengan sihat.

Comments

Popular posts from this blog

ALHAMDULILLAH DAPAT JUGA MANDULKAN CIKBU

Semalam 17hb April 2019 saya telah membawa seekor kucing jantan bawah jagaan yang diberi enama Cikbu ke klinik untuk dimandulkan kerana Cikbu telah memasuki alam dewasa. Kalau tak dimandulkan takut nanti habis kucing-kucing betina yang masih belum dimandulkan dalam rumah saya itu bunting pula. Anggaran usia Cikbu dalam 1 tahun 1 bulan. Saya jumpa Cikbu pada awal bulan Mei tahun dialepas (2018) jam 2.30 pagi di tepi jalan dalam sebuah kawasan kampung. Cikbu seekor kucing jantan yang baik, tak banyak karenah dan manja. Dia cepat menyesuaikan diri dalam rumah saya.  Semalam sewaktu saya hendak membawa Cikbu ke klinik, dia seolah-olah tahu saya hendak memasukkannya ke dalam sangkar. Bila dia nampak saya pegang sangkar dia melarikan diri dan menyorok bawah meja. Kemudian bila saya dapat pegangnya dan hendak masukkannya ke dalam sangkar dia meronta dan sekali lagi melarikan diri bawah meja. Terpaksalah saya minta pertolongan isteri untuk menangkap dan memasukkan Cikbu ke dalam sangkar

BUANG ATAU TANAM KUCING YANG TELAH MATI : DI MANAKAH ANDA TANAM KUCING-KUCING ANDA YANG TELAH MATI?

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Begitulah juga dengan kucing-kucing yang kita sayangi akan turut mati dan meninggalkan kita buat selama-lamanya. Dimanakah anda menanam kucing-kucing yang telah mati? Adakah anda buang saja kucing yang telah mati ke dalam tong sampah, buang ke dalam sungai dan lain-lain cara selain menanam mereka? Saya menanam kucing-kucing yang telah mati di suatu kawasan di kampung saya. Kediaman saya dengan kampung tidaklah jauh mana. Hanya kira-kira 4km sahaja. Dulu kawasan terbiar bersebelahan sungai itu telah dijadikan kebun oleh arwah datuk saya dan di situ terdapat pokok kelapa, mangga, jambu air, durian belanda, daun pandan dan bunga kantan. Akhirnya kawasan ini telah diratakan untuk projek tambakan sungai. Kemudian pakcik saya telah menanam kembali beberapa pokok kelapa, pisang dan pokok inai. Tanaman pokok sekarang tidaklah banyak seperti dulu. Kini kawasan itu saya telah jadikan kawasan tanah perkuburan buat kucing-kucing yang telah

MINYAK KELAPA DARA BUKAN HANYA UNTUK KEGUNAAN MANUSIA TAPI BERGUNA JUGA MERAWAT KUCING

Testimoni minyak kelapa dara untuk kucing : Assalammualaikum, Disini saya ingin berkongsi testimoni kepada semua sebagai informasi bersama tentang keberkesanan minyak kelapa dara terhadap kucing saya yang sakit.   Dengan menggunakan Minyak kelapa Dara boleh jadi “Doktor Haiwan”   Baru-baru ini kucing saya yang bernama “Ipin” telah jatuh sakit. Walau sehebat mana kita menjaganya pasti akan ada masalah yang akan berlaku kemudian hari. Seperti yang di alami oleh Ipin, ia mengalami kelelahan dan kelihatan lesu, selera makan menurun, terdapat cairan abnormal yang keluar dari lubang-lubang di tubuhnya, contoh dimata, hidung dan telinga. Ipin juga mengalami masalah sukar membuang najis dan berat badan menurun secara mendadak, berjalan pincang, bahkan menyukarkannya untuk berdiri. Disebabkan itu juga, Ipin menjadi tidak aktif dan muntah apabila makan.   Saya teringat akan kebaikan minyak kelapa dara sebagaimana diiklankan didalam testimoni bioasli untuk merawat haiwan. Saya

TERIMA KASIH DIK KERANA SANGGUP BERKORBAN MASA, TENAGA & WANG UNTUK MENJAGA KUCING-KUCING TERBIAR

Sewaktu saya sedang memberi 2 ekor kucing terbiar makan di hadapan sebuah kedai Seven Eleven di Rawang, Selangor, saya ternampak deretan sangkar diletakkan di kawasan kaki lima bersebelahan kedai Seven Eleven berkenaan yang didalamnya terdapat beberapa ekor kucing. Kemudian keluar seorang gadis dalam lingkungan usia 20an yang juga pekerja kedai Seven Eleven berkenaan. Dia terus membelai kucing yang saya beri makan tadi. Lalu saya bertanya, kucing-kucing dalam sangkar tu siapa punya? Dia menjawab, dia punya dan semua kucing berkenaan adalah kucing terbiar yang kena buang di kawasan sini. Dia kutip dan masukkan dalam sangkar untuk keselamatan kucing-kucing berkenaan. Ada juga kucing yang berkeliaran dan tak dikurung ke dalam sangkar kerana dah tak muat. Dia berasa kasihan melihat kucing-kucing terbiar berkenaan sebab itulah dia sanggup jaga ke semua kucing-kucing terbiar yang kebanyakannya dibuang di restoran mamak berhampiran kedai Seven Eleven berkenaan. Katanya, ada kucing yang sakit

KEKEJAMAN TERHADAP KUCING : PENGHORMATAN BUAT PUAN NORA KERANA MENYELAMATKAN KUCING TERBIAR YANG CEDERA TERUK AKIBAT DISIMBAH CECAIR PANAS

Sebagai pencinta kucing, penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghormatan dan ucapan berbanyak terima kasih buat Puan Nora kerana telah menyelamatkan seekor kucing betina bunting terbiar yang cedera teruk mungkin akibat disimbah dengan air atau minyak panas serta menyelamatkan beberapa ekor anaknya yang sempat dilahirkan dengan mencari ibu tumpang supaya  anak-anak kucing itu dapat menyusu ketika ibunya dihantar ke klinik untuk menerima rawatan. Bagi penulis, tak ramai dikalangan kita yang sanggup membantu kucing terbiar yang sedang mengalami kesakitan akibat kecederaan teruk yang dialami. Namun masih ada insan berhati mulia seperti Pn Nora yang sanggup mencari jalan bagi membantu seekor ibu kucing terbiar yang cedera teruk seakan telah disimbah dengan air atau minyak panas. Beginilah nasib kucing terbiar di luar sana. Adakalanya mereka dizalimi dengan kejam. Keadaan Angel sebelum menerima rawatan di klinik Si ibu tumpang untuk anak-anak Angel Alhamdulillah

KELEBIHAN MEMANDULKAN KUCING MENURUT PANDANGAN DOKTOR PERUBATAN VETERINAR

Pada mulanya disebabkan kurang pengetahuan dan pengalaman, saya pun tak bersetuju serta menyokong pasal hal mandulkan kucing. Tapi bila melihat sendiri banyak kucing-kucing betina terutamanya yang kena buang sebab bunting dan lepas tu anak-anaknya mati menderita kerana tak mendapat tempat perlindungan yang sepatutnya, ada yang mati  dalam longkang dan kena lenyek dengan kereta dan motorsikal, selepas itu barulah saya mengubah pendirian dari tak bersetuju kepada bersetuju. Kemudian saya pun bertindak memandulkan kucing betina saya dan selepas itu kucing jantan pula. Memang ketara melihat tingkahlaku kedua-duanya iaitu sebelum dan selepas dimandulkan. Yang paling ketara keadaan lebih tenteram kerana kucing betina saya tak lagi bunyi ingin mengawan setiap kali tiba musim mengawan. Jika dulu bila tiba musim mengawan, saya lihat kucing betina saya akan kencing dan berak dimerata tempat kerana mungkin agaknya tak dapat mengawal perasaan. Manakala kucing jantan pula tak kencing memancut

MEMELIHARA HAIWAN PELIHARAAN DI DALAM PREMIS STRATA SUATU KACAUGANGGU ?

Apabila kucing dianggap sebagai suatu kacauganggu kepada penghuni pangsapuri. Ini baru pertama kali penulis nampak notis seperti ini ditampal di perumahan strata. Notis ini ditampal pada dinding berdekatan pintu masuk lif blok pangsapuri tempat tinggal penulis. Maaf gambar notis kurang jelas. Jadi penulis salin semula sebahagian isi kandungan dalam notis ini : akta kerajaan tempatan 1976 (akta 171) kepada : pemilik premis beralamat : blok delima dan blok kenanga, taman tun teja sila ambil perhatian bahawa dibawah seksyen 82 akta kerajaan tempatan, 1976, majlis perbandaran selayang tidak berpuashati tentang adanya di seperti diatas suatu kacauganggu iaitu : memelihara haiwan peliharaan didalam premis dan dengan ini mengkehendaki kamu dalam tempoh 3 hari (nyatakan masa) dan tarikh notis ini disampaikan menghapuskan kacauganggu itu dan menjalankan apa-apa kerja dan melakukan apa-apa perkara yang perlu bagi maksud iaitu pemindahan haiwan peliharaan dari kawas

KESALAHAN PENGANIAYAAN TERHADAP HAIWAN SEPERTI MENYEPAK, MEMUKUL, MENDERA ATAU MENAKUT-NAKUTKAN MANA-MANA HAIWAN, MELAKUKAN SUATU KESALAHAN DAN BOLEH DIDENDA TAK LEBIH RM SERATUS RIBU DAN PENJARA

Menurut Undang-Undang Malaysia, Akta 772, Akta Kebajikan Haiwan 2015, yang telah mendapat perkenan Diraja pada 21 Disember 2015 dan penyiaran dalam warta 29 Disember 2015, Seksyen 29 – Kesalahan Penganiayaan Gambar seorang pemuda negro yang menyepak seekor kucing yang berlaku di New York, Amerika Syarikat. Pernah menjadi viral pada Mei 2014 yang lalu dan menyebabkan dia ditahan dan didakwa (1) Mana-mana orang yang : (a) Dengan kejamnya memukul, menyepak, melebihkan muatan, mendera, atau menakutkan mana-mana haiwan. Melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada RM 20 ribu dan tidak lebih daripada RM 100 ribu atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada 3 tahun atau kedua-duanya.

KUCING SERING BERAK ATAS KATIL MENYEBABKAN TUANNYA TIDAK MAHU LAGI PELIHARANYA

Alhamdulillah dapat menemukan seekor kucing betina dengan keluarga barunya.  Pada hari Ahad lepas saya didatangi oleh seorang anak jiran berusia 8 tahun. Dia bertanya kepada saya “pakcik Azhar nak tak kucing saya tu”? Kucing yang dia maksudkan itu adalah seekor kucing betina yang sering datang makan makanan biskut kucing yang saya letakkan di luar pintu rumah. Saya juga sering membelai kucingnya itu. Kemudian saya bertanya kenapa dah tak nak bela kucing tu lagi? Anak jiran itu kata ia sering berak merata dalam rumah termasuk atas katil. Aduh kesiannya. Saya tidak boleh lagi ambil kucing kerana memberi perlindungan dan penjagaan buat 23 ekor kucing di dalam rumah kecil saya. Memang tidak boleh lagi menampung tambahan kucing. Jadi tengahari semalam saya pun iklankan di laman facebook saya untuk mencari penjaga baru buat kucing itu. Selepas itu   petang semalam  saya menerima whatsapp daripada sahabat facebook saya yang menyatakan dia sudi membela kucing betina berkenaan

TRAGIS : SELAMAT TINGGAL ABAM HIGHWAY

Abam adalah seekor kucing jantan yang hidup gelandangan di sebuah hentian highway yang tiada kedai makan dan jauh dari kediaman manusia. Semalam 28hb September 2019 – Sabtu semasa saya sedang bertugas membuat rondaan dengan motorsikal di kawasan highway untuk mengutip sampah-sampah yang dibuang oleh pengguna highway, tiba-tiba di suatu lokasi saya ternampak seekor kucing berwarna hitam putih terbaring di atas rumput. Lalu saya memberhentikan motorsikal untuk melihat dengan lebih dekat lagi. Saya berasa terkejut melihat kucing yang telah kaku akibat mati dilanggar kenderaan dan mengalami kecederaan teruk pada bahagian muka serta belakangnya itu kerana saya kenal ia adalah seekor kucing jantan gelandangan yang hidup bergelandangan di sebuah hentian highway jaraknya 4km dari lokasi berkenaan. Saya panggilnya Abam kerana saiz badannya besar dan sado. Tapi apa yang menghairankan saya adalah bagaimana Abam boleh sampai ke lokasi ia ditemui mati itu. Untuk ke lokasi yang jara