Skip to main content

SANGAT SEDIH : SELEPAS JUJU, CHACHA PULA MENINGGALKAN KAMI BUAT SELAMANYA

Pemergian mengejut dua ekor anak kucing dalam rumah saya telah membuatkan saya dan isteri berasa sedih dan asyik terkenangkan mereka. Juju anak kucing jantan baru berusia 3 bulan  telah meninggalkan kami pada hari isnin manakala seekor lagi Chacha anak kucing betina berusia hampir 4 bulan meninggalkan kami pagi semalam.
Kisah Juju :

Juju telah dilahirkan oleh ibunya dalam rumah kami. Ibu Juju asalnya adalah kucing buangan yang diberi perlindungan dan penjagaan sepenuhnya dalam rumah saya. Juju memdanpunyai seekor lagi beradiknya yang diberi nama Jiji merupakan seekor kucing betina.

Juju sangat aktif dan amat mengemari makanan basah atau wetfood dalam tin. Saya mula menyedari perubahan tingkahlaku Juju sewaktu hendak memberinya makan wetfood pada hari Ahad malam. Saya dapati Juju tidak mahu makan makanan kesukaannya itu.

Pada mulanya sangkaan saya Juju mungkin hanya demam dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan sangat. Kemudian pada pagi hari isnin Juju kelihatan monyok tapi masih berupaya berjalan dan pada sebelah tengahari Juju mula mengalami kencing yang seakan tidak lawas serta tidak boleh mengawal pembuangan kencingnya. Selepas saya keluar bekerja sambilan sebelah petang, isteri saya telah mengurung Juju ke dalam sangkar kerana dia dapati Juju seperti tidak boleh berjalan dan air kencingnya bertaburan di merata tempat. Akhirnya pada jam 10.30 malam, isteri saya beritahu Juju sudah tiada.

Kisah Chacha :

Chacha adalah anak kucing buangan. Saya jumpa Chacha bersama beradiknya yang diberi nama Chichi di depan pintu lift bawah kediaman pangsapuri yang saya duduki. Kesian kecil lagi mereka telah dibuang. Anggaran usia mereka pada ketika itu hampir 2 bulan. Kedua-duanya merupakan kucing betina. Disebabkankan Chacha dan Chichi masih kecil dan belum putus susu, si Kecik ibu kepada Juju telah menjadi ibu tumpang buat Chacha dan Chichi.
Chacha antara kucing yang bijak dan cepat membiaskan dirinya dalam rumah saya. Pada hari pertama lagi Chacha berada dalam rumah saya dia sudah pandai membuang najisnya di tempat yang betul.

Chacha mengalami situasi sama seperti Juju pada hari Selasa petang. Kencingnya bertaburan, asyik muntah dan tak lalu makan. Memandangkansaya saya bekerja sambila bermula jam 4 petang hingga 12 malam, jadi saya bercadang hendak membawa Chacha ke klinik haiwan keesokkan harinya hari Rabu.

Pada hari Rabu Chacha kelihatan lemah. Kemudian saya  pun mula menyiapkan diri untuk membawa Chacha ke klinik haiwan. Ketika saya sedang mandi, isteri saya memberitahu Chacha sudah tiada. Saya rasa amat sedih pada ketika itu. Tak sangka Chacha meninggalkan kami dengan cepat.
Kehilangan Chacha memang amat dirasai oleh saya dan isteri. Kami pasti akan merindui aksi manja Chacha. Harapan saya dan isteri untuk melihat Chacha dan Juju membesar serta hidup lebih lama telah berkecai. Selamat tinggal Chacha dan Juju. Maafkan papa dan mama jika kami tidak menjaga kamu berdua dengan baik.

Gambar-gambar kenangan buat Chacha :
aksi tidur chacha
aksi manja chacha dengan didi
aksi manja chacha dengan cik bu

Comments