Ini adalah sambungan kisah cerita
yang belum sempat saya ceritakan pada entri saya semalam “SANGGUP BALIK AWAL
DARI KERJA SAMBILAN DAN MEMBAYAR RAKAN SEKERJA YANG DATANG GANTI TUGAS DEMI
UNTUK MEMBANTU MENYELAMATKAN SEEKOR ANAK KUCING GELANDANGAN YANG LUMPUH”.
Seperti yang saya ceritakan semalam,
pertama sekali semasa meninjau kawasan lot kedai berkenaan, saya telah terjumpa
ibu kucing serta seekor anaknya dalam kotak di hadapan sebuah kedai serbaneka.
Apabila saya jengok untuk melihat apa yang terdapat dalam kotak berkenaan, anak kucing it uterus berbunyi dan seolah hendak keluar dari kotak itu. Rasa kesian pula melihat mereka. Nak bawa balik nanti kat mana saya hendak tempatkan mereka dan boleh ke saya menjaga mereka? Nak lepaskan dalam rumah begitu saja takut dia bergaduh dengan kucing-kucing sedia ada dalam rumah. Itulah yang bermain dalam fikiran saya. Nak biarkan begitu saja rasa tak sampai hati pula.

Lalu saya buat keputusan untuk
membawanya balik walaupun saya sedar sebenarnya saya sudah tidak berupaya menjaga
mereka nanti kerana dalam rumah saya dusah terdapat 20 ekor kucing yang diberi
perlindunga dan penjagaan. Saya fikir tidak mengapalah nanti boleh cuba carikan
keluarga angkat yang sudi menjaganya. Buat sementara saya jagalah dulu ibu
kucing itu serta seekor anaknya. Mujur ibu kucing itu jinak dan tidak berasa
takut pada saya. Jadi memudahkan saya masukkannya ke dalam sangkar kecil untuk
di bawa balik ke rumah.
Bila sampai di rumah saya terus
masukkannya ke dalam sangkar bersaiz kecil yang telah usang. Sangkar itu pun
diberi oleh seseorang yang telah memulangkan semula kucing yang pernah saya
berikan kepadanya untuk dijaga. Terpaksa jugalah saya tempatkannya dalam
sangkar kecil itu buat sementara bagi kucing itu membiasakan diri dalam suasana
baru dan untuk biasakan juga kucing-kucing dalam rumah saya. Kalau terus lepas
dalam rumah pasti mereka akan bergaduh.
Kemudian saya membuat perkongsian
berkenaan kucing ini untuk mencapatkan keluarga angkat yang sanggup menjaga dan
memberi perlindungan kepada mereka di laman facebook. Keesokkan paginya hari
Ahad saya menerima whatsapp daripada seorang sahabat facebook yang menyatakan
kesudiannya untuk menjaga kucing itu serta seekor anaknya. Alhamdulillah saya
berasa syukur kerana ada juga pihak yang sanggup membantu saya. Kucing itu akan
berpindah jauh nanti ke Teluk Intan. Sahabat facebook saya itu telah meminta
pertolongan sahabatnya yang akan pulang ke kampung nanti untuk mengambil dan
menyerahkan kucing itu padanya. . Harap semuanya berjalan dengan lancar.
Comments