Pada minggu lepas isteri saya telah
dimasukkan ke wad sebuah hospital dan menjalani pembedahan kerana mengalami
masalah appendix. Jadi setiap harilah saya berulang-alik ke hospital berkenaan
untuk melawat isteri saya yang telah dibedah pada hari Sabtu 4hb Mei 2019 dan
boleh keluar dari wad hospital pada jam 2 petang tadi.
Isteri saya sudah boleh keluar dari
wad pada hari ini dan sementara menunggu keputusan daripada doctor pukul berapa
isteri saya boleh keluar wad, saya pun pergilah ke café dalam kawasan hospital
berkenaan untuk minum dan berehat seketika.
Saya dapati di kawasan café berkenaan
terdapat beberapa ekor kucing gelandangan. Ada yang merengek-rengek meminta
makanan daripada pengunjung café tapi tidak dihiraukan. Sebagai pencinta kucing
saya tidak sanggup mendengar rengekkan kucing yang mengharapkan simpati untuk
mendapatkan makanan. Kemudian saya pun membeli 2 ketul ayam goreng dan berikan
padanya. Kesian melihat keadaannya yang kelaparan. Semoga adalah pihak yang
sudi berkongsi rezeki dengan kucing-kucing gelandangan di situ.
Comments