Tempohari saya telah membawa balik
ibu kucing dan seekor anaknya dari Batu Caves, Selangor ketika saya hendak
membantu dalam menyelamatkan seekor anak kucing terbiar yang lumpuh.
Boleh baca kembali kisah kucing itu
di sini : https://rezekikucing.blogspot.com/2019/05/bawa-balik-ibu-kucing-terbiar-dan.html
Oleh kerana sahabat facebook saya
tidak jadi untuk menjaga kucing ini atas sebab-sebab yang tidak dapat
dielakkan, jadi saya telah membuat keputusan untuk terus menjaganya. Nak
serahkan pada pihak lain, saya rasa tidak sedap hati pula. Tidak mengapalah
kita hanya merancang tapi Allah swt yang menentukan segalanya. Mungkin ada
hikmahnya.
Sebenarnya saya tidak berupaya lagi
mengambil tanggungjawab untuk si ibu kucing dan seekor anaknya itu. Tapi
disebabkan rasa terlalu kesian melihat keadaannya, maka saya ambil jugalah
tanggungjawab ini.
Tambahan pula si ibu dan anaknya yang
masih kecil usia dalam 1 bulan lebih itu tidak mendatangkan masalah kerana pandai
membuang najis di tempat yang disediakan dan kelihatan mereka serasi tinggal
dalam rumah kecil saya. Walaubagaimana pun, ini juga bermakna akan meningkatkan
lagi kos perbelanjaan yang perlu saya keluarkan. Insha Allah saya akan menjaga
mereka dengan baik dalam rumah saya.
Comments