Persoalan ini ingin saya bangkitkan untuk menyedarkan masyarakat kita yang selalu beranggapan kucing-kucing jalanan yang terdapat di kawasan kedai-kedai makan sentiasa kenyang kerana amat mudah mendapatkan sumber makanan. Sejauh manakah kebenaran hal ini? Cuba anda perhatikan betul-betul adakah benar kucing-kucing jalanan yang terdapat di kedai-kedai makan sentiasa berada dalam keadaan kekenyangan dan bentuk badannya berisi kerana cukup makan? Berdasarkan pemerhatian saya yang kerap mengunjungi kedai-kedai makan di serata tempat untuk menjamu selera, saya dapati kebanyakan kucing-kucing di situ sentiasa berada dalam keadaan kelaparan dan ada yang kurus kering kerana kesukaran mendapatkan sumber makanan. Sudahlah makanan tak dapat, sebaliknya kucing-kucing jalanan yang terdapat di kedai-kedai makan itu terdedah pada kezaliman sama ada oleh tuan punya kedai makan yang tak suka kucing berkeliaran dalam kedai mereka dan terdapat pengunjung atau pelanggan yang datang untuk menjamu sele