Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2020

BAWA KUCING BERKUDIS YANG DIBUANG DI HENTIAN HIGHWAY KE KLINIK UNTUK RAWATAN

“Pembuang kucing memang menyusahkan dan tidak mempunyai sifat belas kasihan” . Kesian melihat keadaannya yang berkudis jadi saya ikhtiarkan juga agar dapat bawanya ke klinik untuk rawatan. Seperti dijanjikan petang semalam saya telah bawa seekor kucing jantan berkudis yang baru dibuang di hentian sebelah sebuah highway. Perjalanan dari rumah saya ke hentian highway berkenaan kira-kira 33km. Alhamdulillah akhirnya dapat juga saya bawanya ke klinik untuk menerima rawatan. Mujur kucing itu tidak menghilangkan dirinya. Jadi mudahlah urusan saya.           Kisah kucing jantan berkudis ini boleh baca semula di pautan ini : https://rezekikucing.blogspot.com/2020/01/kucing-jantan-berkudis-dibuang-di.html Keadaan kudisnya agak teruk juga. Doctor kata mungkin sebab ia bergaduh. Semasa doctor hendak mencuci lukanya itu, tiba-tiba ia menjadi agresif. Mungkin sebab ia berasa sakit pada waktu itu. Akhirnya doctor terpaksa pengsankan supaya dapat bersihkan lukanya dan meletakkan

KUCING JANTAN BERKUDIS DIBUANG DI HENTIAN SEBELAH HIGHWAY

Kesian kucing jantan berkudis pada bahagian pangkal ekor dan beberapa bahagian badan telah dibuang di hentian sebelah sebuah highway. Pada tengahari semalam seperti biasa saya singgah di beberapa hentian highway untuk beri makan pada kucing-kucing gelandangan yang terdapat di situ. Bila saya sampai di salah satu highway yang saya singgah setiap hari di mana di situlah tempat seekor kucing gelandangan yang saya sayangi dan rindui iaitu Tam telah pergi (mati) meninggalkan saya kerana dilanggar sebuah kereta yang memakir di hentian berkenaan. Boleh baca semula kisah Tam di pautan ini : https://rezekikucing.blogspot.com/2020/01/tragis-tam-kucing-gelandangan-di.html Tiba-tiba saya Nampak ada seekor kucing yang belum pernah saya lihat sebelum ini. Saya pun mendekati kucing itu. Ia adalah seekor kucing jantan. Terdapat luka atau kudis di bahagian pangkal ekornya Kemudian saya bertanya kepada Cleaner warga Indonesia. Dia kata bila dia masuk kerja tengok kucing itu sudah ada di

AKHIRNYA MAN PERGI JUA

Man anak kucing yang saya selamatkan pada bulan November tahun lepas telah pergi petang semalam. Sebenarnya semalam saya hendak bawa Man ke klinik haiwan. Tapi secara tiba-tiba Man menghilangkan diri dalam rumah saya. Pada mulanya saya fikir Man Berjaya menyusup keluar dari dalam rumah saya. Tapi tidak mungkin kerana tiada jalan keluar buat kucing-kucing bawah jagaan saya dalam rumah.  Disebabkan saya hendak pergi bekerja part time, saya tidak meneruskan usaha mencari Man. Bila balik dari kerja pada sebelah petangnya. Saya cari sekali lagi. Akhirnya jumpa Man dalam rak televisyen dalam keadaan sudah tidak bernyawa lagi. Allah kesian Man. Papa baru ada sikit dana untuk bawa kamu ke klinik haiwan tapi Man pergi jua. Maafkan papa Man. Papa dah cuba bantu Man tapi apakan daya. Selamat tinggal Man. Kisah Man boleh dibaca semula di link / pautan ini : 1. https://rezekikucing.blogspot.com/2020/01/kesihatan-anak-kucing-yang-diselamatkan.html 2. https://rezekikucing.blogspot.com

JUMPA LAGI KUCING HUTAN MATI DILANGGAR KENDERAAN

Sudah 2 ekor kucing hutan dijumpai mati kerana dilanggar kenderaan di kawasan highway yang sama. Pada tengahari semalam ketika dalam perjalanan ke kawasan tempat saya bekerja, saya jumpa seekor kucing hutan betina yang telah mati akibat dilanggar kenderaan yang melalui highway berkenaan. Saya lihat keadaan kecederaan memang teruk. Perutnya terbelah hingga menampakan bahagian organ dalamannya dan juga salah satu kakinya terkulai hingga menampakkan tulang. Mungkin ia keluar untuk mencari makanan kemudian berjalan melintas jalaraya yang sibuk dengan kenderaan. Kesian melihat keadaan kucing hutan itu. Jika ia anak bayangkan apa akan terjadi pada anak-anaknya itu nanti. Harap ia tidak ada anak. Sebelum ini pada hari Selasa 21hb Januari saya juga telah menemui seekor kucing hutan betina juga mati dilanggar kenderaan di kawasan highway yang sama. Boleh baca semula di link atau pautan ini : https://rezekikucing.blogspot.com/2020/01/jumpa-kucing-hutan-betina-seakan.html

KESIHATAN ANAK KUCING YANG DISELAMATKAN BERTAMBAH TERUK

Anak kucing yang diberi nama “Man” telah diselamatkan di hadapan sebuah Sekolah Menengah pada bulan November 2019 yang lalu. Boleh baca semula kisah Man di link ini : https://rezekikucing.blogspot.com/2019/11/jumpa-seekor-anak-kucing-hampir.html Perkembangan terkini, keadaaan kesihatan Man semakin teruk. Man tiada selera makan, mulutnya berbau, kurap yang belum sembuh sepenuhnya, tidak aktif dan selalu menyendiri dalam bilik air. Ini adalah petanda yang tidak baik. Saya amat risaukan keadaan Man. Hendak bawa Man ke klinik tempohari keadaan kewangan tidak mengizinkan. Tapi Insha Allah saya akan bawa Man ke klinik haiwan minggu depan. Buat sementara waktu ini saya beri Man makan minyak kelapa dara dan juga booster. Harap Man masih boleh bertahan. Doakan yang baik buat Man. Harap masih ada sinar harapan buat Man.

TRAGIS : ABAM OREN KUCING GELANDANGAN DI HENTIAN R&R DILANGGAR KENDERAAN

Abam Oren seekor kucing jantan gelandangan menumpang hidup di sebuah hentian R&R selama 2 tahun (maaf lokasi tidak boleh diberitahu disini). Pada tengahari semalam sewaktu saya hendak memulakan kerja rondaan mengutip sampah di kawasan highway, tiba-tiba saya ternampak susuk badan seekor kucing berwarna oren di tepi jalan berdekatan hentian R&R. Kemudian saya memberhentikan motorsikal untuk melihat keadaan kucing itu. Alamak rupanya ia adalah seekor kucing jantan gelandangan yang menumpang hidup di R&R berdekatan jalan yang saya lalui itu. Saya gelarkannya “Abam Oren”. Sudah 2 tahun ia hidup gelandangan di R&R berkenaan. Sedih melihat keadaannya yang kaku sudah tidak bernyawa lagi. Bahagian kepalanya mengalami kecederaan akibat dilanggar kenderaan yang melalui highway berkenaan. Saya mula memberi makan pada kucing-kucing gelandangan yang terdapat di hentian R&R itu sejak bulan March 2018. Cleaner warga Indonesia beritahu saya Abam Oren sudah berada si s

BURUNG RAPANG DUIT YANG DISELAMATKAN TELAH PERGI

Burung Rapang Duit yang saya selamatkan tempohari telah pergi (mati) petang semalam. Patutlah ia tidak mahu makan sejak kelmarin. Sebelum ini ia elok saja makan. Semalam ia asyik berbunyi. Mungkin ia hendak mengucapkan selamat tinggal dan memberitahu ia akan pergi. Sekiranya ia pulih sudah tentulah saya akan melepaskannya kembali. Saya tidak dapat membawanya ke klinik haiwan untuk rawatan kerana kekangan kewangan. Apa pun saya telah memberinya perlindungan dan penjagaan dengan sepatutnya. Boleh baca semula cerita saya menyelamatkan burung itu disini : https://rezekikucing.blogspot.com/2020/01/menyelamatkan-seekor-burung-yang-tidak.html

JUMPA KUCING HUTAN BETINA SEAKAN BUNTING MATI DILANGGAR KENDERAAN DI KAWASAN SEBUAH HIGHWAY

Lewat petang semalam ketika dalam perjalanan balik ke rumah selepas selesai melakukan kerja sambilan, saya ternampak seekor kucing hutan terbaring di tepi jalan dalam kawasan sebuah highway. Memang cantik kucing hutan tapi sayang ia sudah tidak bernyawa lagi. Saya dapati ia hanya mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan melihat keadaan perutnya ia seakan bunting. Kesian melihat keadaannya. Ini merupakan pengalaman kali keempat saya terjumpa kucing hutan mati akibat dilanggar kenderaan di kawasan highway yang sama.

MENYELAMATKAN SEEKOR BURUNG YANG TIDAK BOLEH TERBANG DAN KURUS

Baru-baru ini pada minggu lepas di waktu senja saya telah menemui seekor burung di kawasan laluan motorsikal di sebuah highway. Ketika melalui laluan motorsikal, tiba-tiba burung itu muncul. Seakan mahu atau perlukan pertolongan. Jadi saya memberhentikan motorsikal. Saya dapati burung itu tidak boleh terbang. Ia tidak boleh berdiri kerana kedua-dua belah kakinya sakit dan ia juga kurus sehingga boleh terasa bahagian tulang ketika saya mengangkatnya. Pada waktu itu terdapat juga kawan-kawan burung itu di kawasan berkenaan dan kedengaran suara kumpulan burung itu ketika saya mengambil burung itu.Kemudian saya pun membawa pulang burung itu untuk diberi perlindungan serta penjagaan. Jika ia sudah pulih saya akan lepaskannya semula di lokasi penemuan. Saya tiada pengalaman tentang burung. Saya tidak tahu ia makan apa. Pada mula saya letakkan buah pisang. Tapi saya lihat ia tidak menjamah walau sedikit pun. Keesokkannya saya telah pergi ke kedai menjual burung. Saya tunjukkan rakama

TRAGIS : “TAM” KUCING GELANDANGAN DI HENTIAN HIGHWAY TELAH PERGI

Cleaner lelaki warga Indonesia beritahu saya “Tam” sudah tiada dan dia sudah mengebumikan Tam. Tam telah dilanggar oleh sebuah kereta yang hendak keluar dari parking. Pada hari Ahad lepas seperti biasa saya akan singgah di beberapa hentian highway untuk beri makan pada kucing-kucing gelandangan yang terdapat di situ. Selepas selesai meletakkan makanan dan air di bekas yang saya sediakan dan hendak bergerak ke tempat lain, Cleaner memanggil saya dan menyampaikan berita sedih bahawa Tam si kucing hitam gelandangan di hentian highway ini telah pergi (mati). Cleaner beritahu saya Tam telah dilanggar petang semalam (Sabtu) oleh sebuah kereta yang hendak keluar dari kawasan parking. Menurut saksi Tam berada di belakang kereta berkenaan. Setelah melanggar Tam, pemandu kereta itu turun memerhatikan Tam yang cedera dilanggar dan kemudian dia meneruskan perjalanan tanpa mengalihkan Tam. Tam masih boleh bangun pada ketika itu tapi keadaannya agak teruk kerana mungkin Tam mengalami kecede

PELBAGAI BINATANG LIAR DI TEMUI MATI DI KAWASAN HIGHWAY

Saya bekerja sambilan sebagai “Pengutip Sampah Jalanan” di sebuah highway atau lebuhraya bertol dalam negeri Selangor. Semasa membuat rondaan, saya kerap menjumpai binatang liar mati akibat dilanggar dan digilis kenderaan yang lalu di highway berkenaan. Antara binatang liar yang pernah saya jumpa dalam keadaan sudah tidak bernyawa dan adakalanya dalam keadaan tragis adalah kucing hutan, musang, biawak, burung hantu, monyet, tupai, kura-kura, ular sawa dan anjing liar. Selain itu juga saya kerap juga menjumpai kucing yang biasanya dipelihara di kawasan perumahan. Ini adalah kesan penerokaan hutan dan ladang untuk pembinaan lebuhraya bagi memudahkan pergerakan manusia namun begitu boleh mengundang risiko serta mengancam nyawa binatang liar yang terdapat di kawasan sekitar lebuhraya. Berikut adalah sebahagian gambar-gambar di lokasi kejadian yang sempat saya rakam : Kucing Hutan : Musang : Ular Sawa : Burung Hantu : Burung tak diken