Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

WALAUPUN TAKUT PADA ANJING NAMUN SAYA BERANIKAN DIRI UNTUK ANGKAT ANJING YANG CEDERA DILANNGAR KENDERAAN

Pada hari Rabu – 23hb Disember 2020, ketika dalam perjalanan untuk ke kawasan kerja, tiba-tiba saya ternampak seekor anjing terbaring kesakitan kerana telah dilanggar kenderaan. Kemudian saya berhenti untuk menghulurkan pertolongan. Sebenarnya saya memang takut pada anjing disebabkan sejak kecil saya ada pengalaman buruk kerana sering dikejar anjing. Namun begitu saya bukanlah benci atau tak suka melihat kehadiran anjing. Cuma saya berasa takut dan tidak selesa. Tapi bila melihat anjing yang sedang terbaring di tepi jalan kerana cedera akibat dilanggar kenderaan, saya tidak sampai hati pula membiarkannya begitu saja. Tambahan pula saya lihat anjing malang ini mungkin akan dilanggar sekali lagi sekiranya tidak dialihkan ke tempat yang selamat. Akhirnya disebabkan berasa sangat kesian, saya beranikan juga diri untuk mengangkat anjing itu dan pindahkannya ke tempat selamat yang jauh dari jalanraya. Seumur hidup saya belum pernah lagi saya mengangkat seekor anjing. Ini merupakan detik bers

SEKALI LAGI BERJAYA SELAMATKAN ANAK KUCING DI TENGAH PEMBAHAGI JALAN DI KAWASAN HIGHWAY

Pada 28hb. November 2020, ketika saya sedang bertugas mengutip sampah di kawasan highway tempat saya bekerja, tiba-tiba saya ternampak seekor anak kucing berada di tengah pembahagi jalan. Pada mulanya saya sangkakan ia telah mati kerana ia terbaring. Tapi bila saya perhati betul-betul ia masih bergerak. Ini bermakna ia masih lagi bernyawa. Alhamdulillah sekali lagi saya telah berjaya menyelamatkan nyawa seekor anak kucing ni kawasan highway. Sebenarnya banyak juga kucing ditemui mati dilanggar dan digilis di kawasan highway tempat saya bekerja itu. Saya telah membawa anak kucing bertuah itu pulang ke rumah. Kemudian sahabat facebook saya sudi untuk memberinya penjagaan dan rawatan memandangkan kecederaam pada bahagian kepala anak kucing itu mungkin disebabkan ia terjatuh dari kenderaan. Pada sebelah malam anak kucing itu telah selamat diserahkan kepada sahabat facebook saya berkenaan. Dikesempatan ini sekali lagi saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada sahabat facebook saya yang

KENANGAN MANIS MENYELAMATKAN KUCING BENGAL DI KAWASAN HIGHWAY

Selalu saya menyelamatkan kucing baka biasa-biasa saja. Tapi pengalaman kali pertama saya berjaya menyelamatkan kucing baka Bengal yang dikatakan mahal harganya, memang suatu pengalaman atau kenangan yang tidak dapat dilupakan. Pada mulanya saya ternampak kucing bengal ini berada di bawah jambatan sebuah highway. Lokasi berkenaan dikelilingi jalanraya. Tiada kawasan perumahan berdekatan situ. Memang bingung memikirkan bagaimana kucing Bengal itu boleh berada di kawasan highway yang terkepung atau dikelilingi jalanraya yang sibuk dengan kenderaan. Saya sangkakan ia hanyalah kucing baka biasa. Tapi boleh diamati dan berkongsi di facebook saya, rupanya ia adalah seekor kucing bengal. Saya berjaya bawanya pulang selepas hari keempat memberinya makan di bawah jambatan berkenaan. Pada mulanya ia sukar didekati. Tapi mungkin disebabkan ia lapar,akhirnya ia memberanikan diri mendekati saya setelah saya memberinya makan. Sempat bermalam di rumah saya untuk satu malam dan kemudian saya telah ser

SELAMATKAN ANAK KUCING YANG HAMPIR KENA GILIS DI HIGHWAY

Pada 18hb. November 2020, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai membuat sambilan, tiba-tiba saya ternampak seekor anak kucing yang berada di tengah pembahagi jalan. Ia berada diatas garisan putih. Saya lihat beberapa kenderaan hampir menggilis anak kucing itu. Kemdian saya pun melintas untuk ke tengah pembahagi jalan berkenaan untuk menyelamatkan anak kucing itu. Pada mulanya saya sangkakan anak kucing itu sudah tidak bernyawa. Mujur ia masih bernyawa dan keadaannya basah lencun kerana sebelum itu hujan lebat telah turun. Ini bukanlah kali pertama saya menyelamatkan anak kucing yang berada di tepi dan tengah pembahagi jalan di kawasan highway berkenaan. Ada juga anak kucing yang mati digilis kenderaaan. Alhamdulillah saya telah berjaya menyelamatkan anak kucing itu. Anggaran usianya dalam 2 bulan. Selepas itu saya membawanya pulang ke rumah dan mengeringkannya dengan mesin pengering rambut yang memang saya sediakan khas buat kegunaan kucing. Semoga urusan saya untuk m

JANGAN BUANG KUCING! SEDIH KUCING BARU DIBUANG MATI DILANGGAR KENDERAAN

Pada 27hb. Oktober 2020 seperti biasa setelah selesai melakukan kerja sambilan, seperti biasa saya akan singgah di hentian-hentian highway untuk memberi makan pada kucing-kucing gelandangan yang terdapat di situ. Ketika hendak memasuki kawasan hentian R&R, tiba-tiba saya ternampak seekor kucing berwarna putih sedang terbaring kaku di tepi penghadang laluan jalan. Dari jauh saya sudah boleh agak kucing malang itu sudah tidak bernyawa lagi. Sudah pasti disebabkan kerana dilanggar kenderaan. Kemudian saya memberhentikan motorsikal. Dalam hati saya jangan-jangan kucing putih yang setiap hari saya beri makan tu. Lalu saya pergi mendekati kucing malang itu. Mujur ia bukan kucing putih berkenaan. Kucing jantan yang mati ini belum pernah lagi saya lihat di kawasan hentian R&R ini. Kucing jantan putih yang saya beri makan setiap hari Saya syak ia mungkin baru saja dibuang dan akhirnya dilanggar kenderaan disebabkan ia tidak biasa dengan persekitaran tempat itu yang sememangnya merbahaya

SEDIH MELIHAT KUCING-KUCING GELANDANGAN KELAPARAN DI HENTIAN R&R YANG TUTUP SELAMA 4 BULAN

Semalam 22hb. Oktober 2020 saya telah pergi ke sebuah hentian R&R yang tutup selama 4 bulan sejak 7 Oktober kerana ubahsuai. Disini terdapat beberapa ekor kucing gelandangan. Mereka semua selama ini mencari rezeki dengan mengharapkan simpati pengunjung atau pengguna highway yang singgah untuk menjamu selera dan juga daripada pekerja-pekerja di hentian R&R berkenaan. Kini tiada lagi sumber makanan yang boleh mereka perolehi. Bayangkan bagaimana mereka hendak meneruskan kehidupan? Jadi disebabkan risau tentang keadaan dan keselamatan mereka, sekali lagi saya telah datang ke hentian R&R ini untuk memberi makan pada kucing-kucing gelandangan itu. Kedatangan saya semalam pada jam lebih kurang 7.45 malam telah disapa oleh seorang pekerja kontrak warga Bangladesh. Beliau adalah pekerja kontrak syarikat yang menjalankan kerja ubahsuai berkenaan. Saya beritahunya hendak memberi makan pada kucing-kucing gelandangan yang terdapat di situ. Biasanya saya datang pada waktu   siang. Kemud

TERGAMAK BUANG ANAK KUCING YANG MASIH KECIL

Pada 10hb Oktober yang lalu, saya pergi ke sebuah pasar untuk window shopping. Ketika hendak beredar dari pasar berkenaan, tiba-tiba saya ternampak seekor anak kucing yang sedang berkeliaran di kawasan parking motorsikal dan ia hendak melintas jalan. Disebabkan risau dan kesian melihat keadaannya yang masih kecil, lalu saya mengambilnya dan bawa ke motorsikal saya. Kemudian saya telah memberinya makan wet food yang ada saya bawa bersama. Saya lihat dapati ia memang sangat kelaparan. Siapalah yang tergamak membuang anak kucing yang masih kecil anggaran usia dalam 2 bulan. Anak kucing tidak pandai berdikari mencari rezeki bagi meneruskan hidup. Tambah pula boleh merbahayakan keselamatan dirinya yang berisiko dilanggar kenderaan atau terpijak oleh pengunjung pasar. Dalam masa yang sama saya turut berkongsi kisah anak kucing ini di facebook peribadi saya dengan harapan adalah sahabat-sahabat saya yang boleh membantu. Alhamdulillah ada juga sahabat saya yang komen sudi hendak memberinya pen

SELAMATKAN ANAK KUCING DI HIGHWAY

Pada 26hb September yang lepas, ketika saya sedang menjalankan kerja mengutip sampah di kawasan highway tempat saya bekerja sambilan, tiba-tiba saya terjumpa seekor anak kucing diatas rumput di tepi jalan. Anak kucing itu dalam keadaan basah kerana sebelum saya tiba ke lokasi penemuan, hujan lebat telah turun dan selepas itu hujan pun reda. Saya dapati terdapat sedikit luka pada bahagian mulutnya mungkin disebabkan terjatuh atau tercampak. Mujur anak kucing itu tidak berjalan ke jalanraya. Jika tidak tentu ia akan dilanggar dan digilis kenderaan. Sudah banyak kali saya jumpa anak kucing dan kucing yang sudah dewasa mati digilis kenderaan di kawasan highway tempat saya bekerja itu. Pernah juga jumpa yang masih hidup. Memang pelik bagaimana boleh terdapat kucing di kawasan highway yang jauh dari kediaman manusia. Ada pihak kata mungkin jatuh dari kenderaan. Tapi pada saya ada juga kes sengaja buang kucing di kawasan highway. Sebab itu di kawasan hentian sebelah dan R&R terdapat kucin

ADAKAH KUCING JALANAN INI DIZALIMI / DICURAH AIR PANAS?

Semalam 23hb. Ogos, saya ternampak seekor kucing jalanan disebuah kawasan lot kedai di Bandar Baru Selayang, Selangor. Kemudian saya memanggilnya untuk memberi makan. Saya nampak terdapat pada bahagian badannya menjadi botak. Ada netizen kata seakan dijirus dengan air panas. Mungkin juga. Inilah risiko yang terpaksa dihadapi oleh kucing-kucing jalanan di luar sana. Tolonglah jangan buang kucing. Jemput tonton video yang saya rakam ini :

MENYANTUNI KUCING JALANAN DI MALAM RAYA AIDIL ADHA

Pada malam 30hb. Julai 2020 (malam Raya Aidil Adha), saya sempat meluangkan masa untuk menghantar makanan kucing kepada seorang sukarelawan yang memberi makan pada kucing-kucing jalanan di beberapa tempat. Boleh dikatakan beliau juga secara tidak langsung adalah wakil saya juga di kawasan berkenaan. Kalau semua lokasi saya hendak pergi dalam sehari rasanya memang tidak sempat. Jadi beliau telah sudi menawarkan diri untuk membantu saya memberi makan pada kucing-kucing gelandangan di tiga buah tempat. Jadi jika saya mendapat rezeki lebih atau sumbangan makanan, biasanya saya akan turut berkongsi atau agihkan juga kepada beliau. Walaupun tidak banyak tapi sekurangnya saya berharap cara ini akan membolehkan beliau meneruskan aktiviti sukarela memberi makan pada kucing-kucing jalanan di tiga lokasi berkenaan. Dikesempatan ini saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Saudari Jannah yang masih lagi sudi memberi makan pada kucing-kucing jalanan itu dan sanggup meluangkan masa dan tenaga.

KAMILAH YANG MENAHAN DAN MENYERAHKAN SUSPEK KES YANG MENYEBABKAN KEMATIAN TIGA EKOR KUCING DOBI DI AMANPURI KEPADA PIHAK BERKUASA

Kami sebenarnya bukan minta disanjung, tapi cukuplah tidak memanipulasi cerita dan mengecam serta menuduh kononnya kami membuat provokasi dan spekulasi. Malah lebih teruk lagi ada pihak yang menuduh kami seolah menyokong suspek berkenaan. Terdapat juga pihak yang menyuruh kami berhenti dari memberi pendapat peribadi yang tidak keterlaluan dan bukan berbau tuduhan. Kami hanya mengeluarkan sedikit pendapat peribadi berdasarkan apa yang kami lalui bersama suspek lebih sejam sementara menunggu ketibaan Pegawai Perkhidmatan Veterinar dari Shah Alam ke rumah sahabat saya. Bukan itu saja bahkan sahabat saya Nur Hafizah tinggal di apartment yang sama dengan suspek tapi blok berasingan. Beliau sudah biasa melihat suspek berkeliaran di kawasan apartment dan kawasan sekitarnya. Kejadian berlaku di kedai dobi layan diri 24 jam yang terletak di bawah blok dalam apartment berkenaan. Tuduhan dan kecaman yang dilemparkan sedikit sebanyak telah mengguris hati kami. Jika tidak berpuasha

RESPEK BETUL DENGAN SAHABAT BERBANGSA CINA YANG JUGA PENCINTA KUCING SEJATI

Sahabat berbangsa cina (bukan beragama Islam) yang amat saya hormati dan segani. Beliau merupakan seorang pencinta kucing sejati.  Beliau bukan hanya bersungguh-sungguh menyantuni kucing-kucing jalanan (memberi makan dan merawat), malahan turut menghulurkan bantuan ubat-ubatan yang diperlukan oleh para pencinta kucing. Beliau sendiri sanggup pergi ke rumah pencinta-pencinta kucing tanpa mengira latarbelakang dan bangsa untuk menghantar ubat-ubatan tanpa mengenakan sebarang bayaran. Beliau juga selalu membantu saya dalam merawat kucing-kucing sakit yang saya temui dan selamatkan. Saya rasa bertuah kerana dapat mengenali beliau dan saya berharap persahabatan baik yang terjalin akan kekal berterusan selamanya. Usaha beliau yang bersungguh-sungguh dalam menyantuni kucing-kucing jalanan patut dicontohi. Pada saya usaha yang beliau lakukan bukan biasa-biasa. Beliau memang ikhlas dan bersungguh-sungguh. Beliau juga tidak suka mengecam dan mengkritik orang. Setiap hari m

TERGAMAK BUANG KUCING KAT SINI

Petang semalam hari Khamis 09hb Julai sewaktu dalam perjalanan pulang ke Rawang dari  Pusat Bandar KL, saya singgah di tempat perteduhan motorsikal di bawah bulatan  Batu Caves. Saya memang sengaja singgah di situ untuk melihat manalah ada  kucing yang dibuang di situ. Tiba-tiba saya ternampak seekor kucing. Sebelum  ini pernah juga saya jumpa seekor kucing betina di lokasi ini tapi malangnya  saya tidak dapat menyelamatkannya kerana ia liar dan akhirnya ia sudah tidak  kelihatan di situ lagi. Insha Allah saya akan datang lagi ke lokasi ini untuk menyelamatkan kucing jantan  yang dipercayai sengaja dibuang. Saya risau ia akan kebuluran nanti dan  berdepan risiko dilanggar kenderaan kerana lokasi berkenaan memang sentiasa  sibuk dengan kenderaan. Saya tidak boleh menangkapnya semalam kerana ia takut  pada saya. Apabila saya hendak mendekatinya ia lari. Semoga saya dapat  menyelamatkannya nanti. Jemput tonton video yang saya rakam semalam :

SELAMATKAN ANAK KUCING BERKURAP

Pada 03hb. Julai 2020 (Jumaat) saya telah menyelamatkan seekor anak kucing yang sedang berkeliaran di kawasan bawah blok kediaman saya. Ketika saya hendak menyimpan barang ke dalam kereta, tiba-tiba saya ternampak seekor anak kucing anggaran usia dalam dua bulan. Kemudian ia telah datang ke sana dan seperti mengharapkan pertolongan. Saya berasa amat kesian melihat keadaannya yang berkurap dan bersendirian di bawah blok kediaman saya ketika itu. Lalu saya membuat keputusan untuk memberinya penjagaan dan perlindungan. Tidak sampai hati pula hendak membiarkannya begitu saja walaupun sebenarnya dalam rumah kecil saya sudah banyak kucing yang diberi penjagaan dan perlindungan. Semoga Allah permudahkan segala urusan saya untuk menjaga dan melindunginya. Tolonglah jangan buang kucing kerana kucing-kucing yang dibuang itu akan berdepan pelbagai risiko yang boleh mengancam nyawanya. Jemputlah tonton video yang telah saya kongsikan di youtube channel saya Rezeki Kucing. 

MISTERI KUCING HITAM DISENTAP KAKINYA HINGGA JADI CACAT

SEDIH MELIHAT KUCING-KUCING TERBIAR DI SEPANJANG TEMPOH PKP

Kucing-kucing jalanan amat mengharapkan rasa simpati dan belas ihsan daripada pemilik kedai makan, pekerja dan juga pengunjung atau pelanggan yang mengunjungi kedai-kedai makan untuk mendapat secebis sisa makanan. Hanya dengan cara inilah kucing-kucing terbiar itu mendapat sumber makanan. Selain itu ada juga kucing-kucing jalanan yang hidup terbiar berkeliaran di kawasan belakang kedai dan menyelongkar tong-tong sampah untuk mencari sisa-sisa makanan. Oleh yang demikian, bagaimana kucing-kucing jalanan yang asalnya bertuan sebelum dibuang di kedai-kedai makan boleh mendapatkan sumber makanan sedangkan hampir semua kedai makan tutup atau tidak beroperasi sepanjang tempoh “Perintah Kawalan Pergerakan”? Jadi sebagai pencinta kucing sejati yang berasa amat sedih mengenangkan nasib kucing-kucing jalanan yang hidup terbiar di kawasan lot-lot kedai pada ketika ini, maka kini setiap hari saya akan meronda di beberapa kawasan lot kedai terutamanya di kawasan yang terdapat premis kedai