Semalam 22hb. Oktober 2020 saya telah pergi ke sebuah hentian R&R yang tutup selama 4 bulan sejak 7 Oktober kerana ubahsuai. Disini terdapat beberapa ekor kucing gelandangan. Mereka semua selama ini mencari rezeki dengan mengharapkan simpati pengunjung atau pengguna highway yang singgah untuk menjamu selera dan juga daripada pekerja-pekerja di hentian R&R berkenaan.
Kini tiada lagi sumber makanan yang boleh mereka perolehi. Bayangkan bagaimana mereka hendak meneruskan kehidupan? Jadi disebabkan risau tentang keadaan dan keselamatan mereka, sekali lagi saya telah datang ke hentian R&R ini untuk memberi makan pada kucing-kucing gelandangan itu.
Kedatangan saya semalam pada jam lebih kurang 7.45 malam telah disapa oleh seorang pekerja kontrak warga Bangladesh. Beliau adalah pekerja kontrak syarikat yang menjalankan kerja ubahsuai berkenaan. Saya beritahunya hendak memberi makan pada kucing-kucing gelandangan yang terdapat di situ. Biasanya saya datang pada waktu siang.
Kemudian beliau berkata, nasib baik saya datang sebab kucing-kucing itu semuanya kelaparan kerana tidak cukup makan. Tapi pekerja-pekerja kontrak berkenaan ada juga memberi sisa-sisa makanan kepada kucing-kucing itu. Menurutnya lagi ada kucing yang baru beranak. Ada menyorok di kawasan surau. Memandangkan keadaan gelap, saya tidak pergi melihat anak-anak kucing yang baru lahir itu.
Alhamdulillah. Ada juga yang sudi beri kucing-kucing itu makan walaupun hanya sisa lebihan makanan. Sekurang-kurangnya tidaklah kebuluran. Sebelum beredar sempat juga pekerja kontak Bangladesh itu mengucapkan terima kasih kepada saya kerana beri makan pada kucing-kucing di situ.
Selepas itu saya pun mulalah memberi makan pada kucing-kucing berkenaan yang telah mula datang kepada saya. Saya dapati mereka semua memang kelaparan. Laju mereka makan. Ada yang tak henti-henti makan. Sebelum beredar balik, saya telah tinggalkan makanan dalam beberapa bekas dan juga air. Insha Allah lusa saya akan datang lagi. Semoga urusan saya dipermudahkan dan kucing-kucing itu selamat serta dilindungi daripada musibah.
Jemput tonton video yang telah saya rakamkan ini :
Comments