Sahabat
berbangsa cina (bukan beragama Islam) yang amat saya hormati dan segani. Beliau
merupakan seorang pencinta kucing sejati.
Beliau
bukan hanya bersungguh-sungguh menyantuni kucing-kucing jalanan (memberi makan
dan merawat), malahan turut menghulurkan bantuan ubat-ubatan yang diperlukan
oleh para pencinta kucing.
Beliau
sendiri sanggup pergi ke rumah pencinta-pencinta kucing tanpa mengira
latarbelakang dan bangsa untuk menghantar ubat-ubatan tanpa mengenakan sebarang
bayaran.
Beliau
juga selalu membantu saya dalam merawat kucing-kucing sakit yang saya temui dan
selamatkan. Saya rasa bertuah kerana dapat mengenali beliau dan saya berharap
persahabatan baik yang terjalin akan kekal berterusan selamanya.
Usaha
beliau yang bersungguh-sungguh dalam menyantuni kucing-kucing jalanan patut
dicontohi. Pada saya usaha yang beliau lakukan bukan biasa-biasa. Beliau memang
ikhlas dan bersungguh-sungguh. Beliau juga tidak suka mengecam dan mengkritik orang.
Setiap
hari masa beliau banyak dihabiskan dengan kucing-kucing jalanan. Beliau juga
turut memberi penjagaan dan perlindungan kepada lebih 50 ekor kucing yang
ditempatkan dalam sebuah rumah yang disewa khas untuk kucing.
Saya
berharap dapat bekerjasama dengan beliau menubuhkan NGO berkaitan haiwan
jalanan suatu hari nanti. Semoga Allah swt permudahkan urusan kami, murahkan
rezeki sahabat saya ini dan juga diberikan kesihatan yang baik.
Comments