Pada 27hb. Oktober 2020 seperti biasa setelah selesai melakukan kerja sambilan, seperti biasa saya akan singgah di hentian-hentian highway untuk memberi makan pada kucing-kucing gelandangan yang terdapat di situ.
Ketika hendak memasuki kawasan hentian R&R, tiba-tiba saya ternampak seekor kucing berwarna putih sedang terbaring kaku di tepi penghadang laluan jalan. Dari jauh saya sudah boleh agak kucing malang itu sudah tidak bernyawa lagi. Sudah pasti disebabkan kerana dilanggar kenderaan.
Kemudian saya memberhentikan motorsikal. Dalam hati saya jangan-jangan kucing putih yang setiap hari saya beri makan tu. Lalu saya pergi mendekati kucing malang itu. Mujur ia bukan kucing putih berkenaan. Kucing jantan yang mati ini belum pernah lagi saya lihat di kawasan hentian R&R ini.
Kucing jantan putih yang saya beri makan setiap hari |
Saya syak ia mungkin baru saja dibuang dan akhirnya dilanggar kenderaan disebabkan ia tidak biasa dengan persekitaran tempat itu yang sememangnya merbahaya buat haiwan-haiwan yang tidak berakal seperti manusia.
Saya dapati terdapat kecederaan parah pada bahagian kepalanya. Malang sungguh nasibmu wahai kucing. Kemudian saya telah mengambil kucing itu untuk melakukan urusan yang sepatutnya.
Jangkahayat kucing-kucing yg dibuang itu biasanya pendek @ hidup tak lama disebabkan terdedah pada risiko-risiko seperti berikut :
1) mati kelaparan dan kehausan.
2) mati akibat dizalimi oleh manusia (dipukul, diracun, disiram air / minyak panas dan lain-lain).
3) mati akibat dilanggar kenderaan.
4) mati akibat dijangkiti penyakit dan tidak dirawat.
5) mati akibat bergaduh dengan kucing lain.
6) mati akibat bengkak susu bagi kucing betina yang kematian anak.
Dan lain-lain lagi risiko dan kesengsaraan yang boleh mengancam keselamatan dan nyawa kucing-kucing yang dibuang itu.
Jadilah pemilik kucing yang bertanggungjawab.
Jemput tonton video yang telah saya rakamkan ini :
Comments