Pada 10hb Oktober yang lalu, saya pergi ke sebuah pasar untuk window shopping. Ketika hendak beredar dari pasar berkenaan, tiba-tiba saya ternampak seekor anak kucing yang sedang berkeliaran di kawasan parking motorsikal dan ia hendak melintas jalan. Disebabkan risau dan kesian melihat keadaannya yang masih kecil, lalu saya mengambilnya dan bawa ke motorsikal saya.
Kemudian saya telah memberinya makan wet food yang ada saya bawa bersama. Saya lihat dapati ia memang sangat kelaparan. Siapalah yang tergamak membuang anak kucing yang masih kecil anggaran usia dalam 2 bulan. Anak kucing tidak pandai berdikari mencari rezeki bagi meneruskan hidup. Tambah pula boleh merbahayakan keselamatan dirinya yang berisiko dilanggar kenderaan atau terpijak oleh pengunjung pasar.
Dalam masa yang sama saya turut berkongsi kisah anak kucing ini di facebook peribadi saya dengan harapan adalah sahabat-sahabat saya yang boleh membantu. Alhamdulillah ada juga sahabat saya yang komen sudi hendak memberinya penjagaan dan perlindungan.
Selepas selesai urusan saya di kawasan berdekatan, saya pergi semula ke pasar berkenaan untuk mengambil dan membawa pulang anak kucing itu. Kemudian anak kucing itu telah selamat diserahkan kepada sahabat saya. Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada sahabat saya yang bernama Hafizah. Semoga anda diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan serta diluaskan rezeki.
Jemput tonton video yang saya rakam ini :
Comments