Petang semalam hari Khamis 09hb Julai sewaktu dalam perjalanan pulang ke Rawang dari Pusat Bandar KL, saya singgah di tempat perteduhan motorsikal di bawah bulatan Batu Caves. Saya memang sengaja singgah di situ untuk melihat manalah ada kucing yang dibuang di situ. Tiba-tiba saya ternampak seekor kucing. Sebelum ini pernah juga saya jumpa seekor kucing betina di lokasi ini tapi malangnya saya tidak dapat menyelamatkannya kerana ia liar dan akhirnya ia sudah tidak kelihatan di situ lagi.
Insha Allah saya akan datang lagi ke lokasi ini untuk menyelamatkan kucing jantan yang dipercayai sengaja dibuang. Saya risau ia akan kebuluran nanti dan berdepan risiko dilanggar kenderaan kerana lokasi berkenaan memang sentiasa sibuk dengan kenderaan. Saya tidak boleh menangkapnya semalam kerana ia takut pada saya. Apabila saya hendak mendekatinya ia lari. Semoga saya dapat menyelamatkannya nanti.
Jemput tonton video yang saya rakam semalam :

Comments