WALAUPUN TAKUT PADA ANJING NAMUN SAYA BERANIKAN DIRI UNTUK ANGKAT ANJING YANG CEDERA DILANNGAR KENDERAAN
Pada hari Rabu – 23hb Disember 2020, ketika dalam perjalanan untuk ke kawasan kerja, tiba-tiba saya ternampak seekor anjing terbaring kesakitan kerana telah dilanggar kenderaan. Kemudian saya berhenti untuk menghulurkan pertolongan.
Sebenarnya saya memang takut pada anjing disebabkan sejak kecil saya ada pengalaman buruk kerana sering dikejar anjing. Namun begitu saya bukanlah benci atau tak suka melihat kehadiran anjing. Cuma saya berasa takut dan tidak selesa.
Tapi bila melihat anjing yang sedang terbaring di tepi jalan kerana cedera akibat dilanggar kenderaan, saya tidak sampai hati pula membiarkannya begitu saja. Tambahan pula saya lihat anjing malang ini mungkin akan dilanggar sekali lagi sekiranya tidak dialihkan ke tempat yang selamat.
Akhirnya disebabkan berasa sangat kesian, saya beranikan juga diri untuk mengangkat anjing itu dan pindahkannya ke tempat selamat yang jauh dari jalanraya. Seumur hidup saya belum pernah lagi saya mengangkat seekor anjing. Ini merupakan detik bersejarah buat saya.
Dalam pada itu saya turut berkongsi gambar dan juga video pasal hal ini di laman facebook saya. Harapan saya supaya akan ada sesiapa yang berupaya untuk membantu anjing malang ini dan telah dikongsi oleh ramai kenalan facebook saya dan juga netizen.
Alhamdulillah akhirnya anjing malang itu telah diselamatkan oleh pihak Puppy’s Loving Home. Untuk maklumat lanjut dan terkini berkenaan status anjing itu, bolehlah layari link ini :
https://www.facebook.com/100028025710372/posts/728417141435803/?app=fbl
https://www.facebook.com/100028025710372/posts/728963291381188/?app=fbl
Dikesempatan ini saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Puppy's Loving Home dan semua pihak yang telah sudi membantu sama ada melalui perkongsian di beberapa group facebook dan mereka yang terlibat secara langsung membantu anjing ini.
Jemput tonton video yang telah
saya rakamkan ini :
Comments