KAMILAH YANG MENAHAN DAN MENYERAHKAN SUSPEK KES YANG MENYEBABKAN KEMATIAN TIGA EKOR KUCING DOBI DI AMANPURI KEPADA PIHAK BERKUASA
Kami
sebenarnya bukan minta disanjung, tapi cukuplah tidak memanipulasi cerita dan
mengecam serta menuduh kononnya kami membuat provokasi dan spekulasi. Malah
lebih teruk lagi ada pihak yang menuduh kami seolah menyokong suspek berkenaan.
Terdapat
juga pihak yang menyuruh kami berhenti dari memberi pendapat peribadi yang
tidak keterlaluan dan bukan berbau tuduhan. Kami hanya mengeluarkan sedikit
pendapat peribadi berdasarkan apa yang kami lalui bersama suspek lebih sejam
sementara menunggu ketibaan Pegawai Perkhidmatan Veterinar dari Shah Alam ke
rumah sahabat saya.
Bukan
itu saja bahkan sahabat saya Nur Hafizah tinggal di apartment yang sama dengan
suspek tapi blok berasingan. Beliau sudah biasa melihat suspek berkeliaran di
kawasan apartment dan kawasan sekitarnya. Kejadian berlaku di kedai dobi layan
diri 24 jam yang terletak di bawah blok dalam apartment berkenaan.
Tuduhan
dan kecaman yang dilemparkan sedikit sebanyak telah mengguris hati kami. Jika
tidak berpuashati dengan kami atau beranggapan kami telah melakukan kesilapan,
tegurlah dengan cara yang berhemah. Janganlah mengaibkan kami di media social.
Kami
ada juga membuat beberapa rakaman video di rumah sahabat saya itu sementara
menunggu ketibaan pihak berkuasa. Oleh yang demikian, sekiranya kami diperlukan
untuk membantu pihak pendakwa dalam kes ini, kami bersedia membantu.
Comments