Pada 18hb. November 2020, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai membuat sambilan, tiba-tiba saya ternampak seekor anak kucing yang berada di tengah pembahagi jalan. Ia berada diatas garisan putih.
Saya lihat beberapa kenderaan hampir menggilis anak kucing itu. Kemdian saya pun melintas untuk ke tengah pembahagi jalan berkenaan untuk menyelamatkan anak kucing itu. Pada mulanya saya sangkakan anak kucing itu sudah tidak bernyawa. Mujur ia masih bernyawa dan keadaannya basah lencun kerana sebelum itu hujan lebat telah turun.
Ini bukanlah kali pertama saya menyelamatkan anak kucing yang berada di tepi dan tengah pembahagi jalan di kawasan highway berkenaan. Ada juga anak kucing yang mati digilis kenderaaan.Alhamdulillah saya telah berjaya menyelamatkan anak kucing itu. Anggaran usianya dalam 2 bulan. Selepas itu saya membawanya pulang ke rumah dan mengeringkannya dengan mesin pengering rambut yang memang saya sediakan khas buat kegunaan kucing.
Semoga urusan saya untuk menjaga dan memberi perlindungan kepada anak kucing ini dipermudahkan dan saya juga berharap ia membesar dengan sihat. Insha Allah saya akan ceritakan perkembangan anak kucing ini kemudian nanti.Jemput tonton video yang telah saya rakamkan ini :
Comments