TINDAKAN ZALIM BUANG KUCING DI TEMPAT YANG BOLEH MENGANCAM NAYAWANYA DAN BOLEH MATI KEBULUR KERANA TIADA SUMBER MAKANAN
Jumpa seekor kucing betina bunting di bawah bulatan
Batu Caves. Kesian bagaimana kucing betina bunting itu hendak mendapatkan
makanan kerana ia terkepung di bahagian tengah yang dikelilingi jalan besar
yang sibuk dengan kenderaan. Bagaimana ia hendak keluar dari situ?
Pada hari Khamis yang lepas sewaktu pulang dari Kuala Lumpur dan
melalui Jalan Ipoh / Selayang, saya telah berhenti seketika di tempat hentian
berteduh motorsikal di bawah bulatan Batu Caves. Tiba-tiba saya ternampak
seekor kucing. Kemudian saya mendekatinya dan memberinya makan biskut kucing
yang saya bawa. Saya dapati ia seekor kucing betina yang sedang bunting. Ia
tidaklah jinak tapi saya masih boleh mendekatinya cuma ia tidak benarkan saya
menyentuhnya.
Kesian melihat keadaannya. Siapalah yang tergamak
membuangnya di kawasan itu. Sangat bahaya untuknya dan tiada sumber
membolehkannya mencari atau mendapatkan makanan. Tindakan ini adalah zalim dan
sudah tentu boleh mengancam nyawanya. Terdedah pada bahaya / risiko dilanggar
kenderaan, tempat berteduh yang tidak selamat dan mati kelaparan.
Insha Allah saya akan ke sana lagi dalam sehari dua
ini untuk membawanya keluar dari kawasan itu. Jika ada sesiapa yang berimpati
serta boleh memberinya perlindungan dan penjagaan kepadanya bolehlah hubungi
saya melalui whatsapp / telegram 011 – 2858 6422
Comments