Pada
20hb. November 2019 yang lalu sewaktu saya singgah ke sebuah hentian highway
untuk beri makan pada kucing-kucing gelandangan yang terdapat di situ selepas
saya pulang dari kerja sambilan lebih kurang pukul 7.30 malam, seorang pekerja
pembersihan / cleaner warga Rohingya yang saya kenali sejak tahun lepas telah memberitahu saya bahawa
seekor kucing jantan telah dilanggar sebuah kereta ketika kucing itu sedang
tidur di bawah kereta berkenaan.
Kemudian
saya lihat keadaan kucing itu tidaklah mengalami luka yang teruk di bahagian
luarannya. Tapi kaki kiri bahagian depannya terdapat luka dan tidak boleh
menggunakan kaki itu untuk berjalan. Ia boleh berjalan tapi tempang kerana
berjalan menggunakan tiga kaki.
Risau
juga takut terdapat kecederaan lain pada anggota badannya atau kecederaan
dalaman. Ini kerana cleaner warga rohingya dan seorang lagi saksi Pengawal
Keselamatan warga Nepal memberitahu saya bahawa mereka nampak sebahagian badan
kucing itu telah digilis oleh sebuah kereta yang memakir di situ seketika.
Pengawal Keselamatan telah memaklumkan kepada pemilik kereta bahawa terdapat seekor kucing di bawah
keretanya tapi dia tidak mengendahkannya.
Saya
hendak bawanya ke klinik tapi klinik haiwan yang biasa saya bawa kucing-kucing
sakit untuk rawatan itu telah tutup. Jadi pada keesokkan harinya saya telah
bawa kucing itu ke sebuah klinik haiwan di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh,
Selangor untuk menjalani pemeriksaan imbasan x-ray terlebih dahulu kerana saya
mahukan kepastian sama ada terdapat bahagian tulang yang patah.
Hasil
pemeriksaan imbasan x-ray yang telah dijalankan, doctor memberitahu terdapat 3
bahagian tulang mengalami keretakan. Tapi kakinya itu tidak patah atau retak.
Doctor kata ia akan sembuh secara semulajadi tapi akan ambil masa 2 ke 3 bulan
macam tu. Disebabkan kekanggan kewangan saya tidak dapat membeli sebarang ubat.
Hanya ada bajet untuk pemeriksaan imbasan x-ray sahaja. Caj yang telah
dikenakan adalah sebanyak RM 170.00.
Kemudian
saya bawa kucing itu pulang semula ke hentian highway berkenaan. Saya tidak
dapat membawanya pulang ke rumah disebabkan dalam rumah saya sudah tiada ruang
yang sesuai buatnya. Tambahan pula kucing-kucing dalam rumah saya sering
berkelahi sesama sendiri walaupun telah biasa tinggal bersama dalam rumah
selama lebih 2 tahun.
Jadi
saya letakkannya semuala di hentian highway berkenaan. Tapi saya tidaklah
berasa risau kerana kenalan saya yang bekerja cleaner dan Pengawal Keselamatan
akan membantu memantau keadaannya juga. Saya sudah pasti akan singgah di
hentian highway itu setiap hari untuk melihat keadaannya dan juga memberi makan
pada kucing-kucing gelandangan yang terdapat di situ.
Disini
saya ingin mengucapkan “berbanyak terima
kasih” kepada sahabat facebook saya yang telah sudi menghulurkan sumbangan
agar saya dapat membawa kucing gelandangan itu ke klinik haiwan. Alhamdulillah
keadaan kucing itu hingga kini dalam keadaan baik dan ia juga aktif.
Saksikan
video berkenaan :
Comments