Skip to main content

JUMPA KUCING DALAM KOTAK DIBUANG DI LOKASI BERI MAKAN KUCING JALANAN

Memang tepat jangkaan saya bila buka kotak tengok ada ibu kucing dengan 2 ekor anaknya.

Semalam sewaktu saya ke lokasi biasa yang saya beri makan pada kucing-kucing jalanan / gelandangan, saya ternampak sebuah kotak yang diletakkan di bawah pokok. Dalam hati saya rasa mungkin terdapat kucing dalam kotak itu kerana di situ memang kerap orang buang kucing tapi saya belum pernah lagi jumpa kucing dalam kotak.
Saya dapati si ibu dan anak-anaknya itu mengalami masalah kulit dan si ibu juga kelihatan kurus. Saya rasa mungkin ada mata yang selalu memerhati ketika saya sedang beri makan pada kucing-kucing yang terdapat di situ. Berdasarkan pemerhatian saya kebanyakkan kucing-kucing jalanan / gelandangan di situ sakit.
Semoga ada pihak yang boleh membantu kucing-kucing jalanan / gelandangan di lokasi berkenaan. Saya tidak mempunyai dana untuk merawat mereka.

Comments