Kesian melihat keadaan kucing betina yang dipercayai
telah dibuang di tepi jalan berhampiran dengan pasaraya besar. Ia berteduh
dalam lubang longkang yang boleh mengancam nyawanya.
Pada pagi semalam sewaktu saya hendak ke sebuah
pasaraya besar, di tepi jalan utama yang menghubungkan pasaraya besar, sekolah
rendah dan sebuah taman perumahan, tiba-tiba saya ternampak seekor kucing
mengeluarkan kepalanya dari lubang longkang berkenaan.
Kemudian saya memberhentikan motorsikal dan
memanggilnya. Kesian melihat keadaannya yang kelihatan seperti sakit dan seakan
bunting. Memandangkan pada ketika itu saya ada urusan peribadi yang perlu
diselesaikan terlebih dahulu, jadi saya tidak dapat membantunya dengan kadar
segera. Selepas selesai urusan saya barulah saya dapat membantunya dan saya
bercadang hendak memindahkannya ke sebuah rumah terbiar milik kawan lama saya
sementara ada pihak yang boleh memberinya penjagaan dan perlindungan.
Pada masa yang sama saya telah berkongsi berkenaan
kucing itu di facebook peribadi saya. Tidak lama kemudian seorang sahabat
facebook saya telah menerima mesej daripada sahabat facebook saya daripada .
Beliau sudi untuk merawat dan menjaga kucing itu dan berada di Shah Alam,
Selangor. Tiada masalah untuk saya hantar kucing itu ke Shah Alam.
Setelah selesai urusan peribadi, saya pun kembali ke
tempat kucing itu berada. Pada mulanya saya ingat ia telah tiada di situ tapi
bila saya panggilnya ia keluar dari lubang longkang berkenaan. Mujur ia jinak
dan manja. Mudahlah saya mendekatinya. Saya masukkannya ke dalam guni dan
bawanya pulang ke rumah. Apabila pulang ke rumah saya kurungnya ke dalam
sangkar. Saya hidangkang air dan makanan biskut kucing. Saya dapati ia minum
air dengan banyak. Ia terlalu dahaga. Kesian melihatnya.
Pada sebelah malam saya pun bergerak ke Shah Alam
untuk serahkannya kepada sahabat facebook berkenaan. Tempat pertemuan diaturkan
di Seksyen 7. Saya bertolak dari Rawang pukul 9 malam dengan menunggang
motorsikal. Dalam perjalanan ke Shah Alam kucing itu bergerak aktif dalam
sangkar mungkin kerana takut dengan bunyi bising kenderaan.
Alhamdulillah setelah menempuh perjalanan hampir satu
setengah jam akhirnya saya sampai ke Shah Alam dengan selamat. Sahabat facebook
saya telah pun menunggu di lokasi yang dijanjikan. Dikesempatan ini saya ingin
merakamkan ucapan berberbanyak terima kasih kepada sahabat facebook saya yang
telah sudi untuk memberi sinar harapan buat kucing bertuah itu.
Comments