Baru-baru ini, 2 ekor lagi anak
kucing dalam jagaan saya Chichi dan Chiki pergi buat selama-lamanya selepas
tiba-tiba jatuh sakit. Chichi dan Chiki adalah anak kucing buangan yang saya
ambil di kawasan bawah pangsapuri kediaman saya.
Chichi dan Chiki tidak sempat
menerima rawatan kerana saya sangka mereka hanya sakit biasa dan tidak serius.
Bagaimanapun saya cuba merawat mereka terlebih dahulu dengan cara sendiri
seperti memberi mereka minum air kelapa muda dan minyak kelapa dara.
Kekangan kewangan menyebabkan saya
terpaksa menangguhkan untuk membawa mereka ke klinik haiwan swasta. Nak bawa mereka
ke klinik haiwan kerajaan berdekatan tempat saya, setahu saya di situ tiada doctor
dan nak dapatkan bekalan ubat juga perlu dibayar.
Maafkan papa Chichi dan Chiki kerana
tidak dapat menjaga kamu sebaik mungkin dan membawa kamu berdua ke klinik untuk
rawatan. Selamat tinggal Chichi dan Chiki.
Chichi :
Chiki :
Comments