Skip to main content

1 SYAWAL : AKTIVITI BERI KUCING GELANDANGAN MAKAN TETAP DITERUSKAN SEPERTI BIASA

Selamat meraikan hari raya buat semua pencinta kucing dan para pengunjung blog saya. Walaupun menyambut dan meraikan hari raya, seperti biasa saya akan menjalankan aktiviti seperti biasa iaitu memberi makan buat kucing-kucing gelandangan di beberapa tempat terutamanya di beberapa hentian lebuhraya bertol yang tiada kedai makan dan jauh dari kawasan perumahan.

Alhamdulillah saya masih berpeluang dan diberikan kesempatan untuk memberi makan pada kucing-kucing gelandangan yang sukar mendapatkan makanan kerana tiada sumber membolehkan kucing-kucing berkenaan mencari makanan kerana berada di tempat yang tiada kedai makan, kedai makan telah tutup atau tidak beroperasi lagi dan jauh dari kawasan perumahan.
Berbanyak terima kasih kepada anda yang telah sudi membantu saya untuk menjalankan aktiviti memberi makan buat kucing-kucing gelandangan berkenaan dengan memberi sumbangan makanan kucing. Secara tak langsung anda juga sebenarnya telah membantu kucing-kucing gelandangan yang kelaparan itu. Semoga anda mendapat ganjaran terbaik daripada Allah swt.

Comments