TIDAK KIRA HAIWAN ITU HALAL ATAU HARAM BAGI UMAT ISLAM, ASALKAN IA TIDAK MENGANCAM KITA MAKA TIDAK BOLEH DISEKSA ATAU DICEDERAKAN [copy & paste artikel]
Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad
menjelaskan bahawa berdosa menganiaya haiwan sama ada binatang haram atau yang
halal dimakan atau disentuh bagi orang Islam.
Menurutnya, semua haiwan perlu dikasihani melainkan
yang membahayakan nyawa maka dibolehkan untuk membunuhnya.
“Tidak kira haiwan itu halal atau haram bagi umat
Islam, asalkan ia tidak mengancam kita maka tidak boleh diseksa atau
dicederakan.
gambar sekadar hiasan |
“Hukum jika melakukan perkara tidak perikemanusiaan
itu adalah berdosa kerana menganiaya binatang.
“Jika binatang berbahaya yang mengganas sehingga
mengancam nyawa, lebih baik terus dibunuh tanpa mencederakan sehingga boleh
menyiksanya,”
Artikel Penuh :
Comments