Semalam seperti biasa saya akan ke hentian-hentian
highway untuk beri makan pada kucing-kucing gelandangan yang terdapat di situ. Dipendekkan
cerita ketika saya hendak meletakkan makanan biskut kucing ke dalam bekas yang
saya sediakan di tepi medan selera
berkenaan, saya didatangi Pengawal Keselamatan warga Nepal yang boleh
berbahasa Melayu. Sebelum ini pun beliau biasa nampak saya beri makan pada kucing-kucing
di situ.
Kemudian dia kata sekarang bermula dari hari ini saya tidak
dibenarkan lagi memberi makan di kawasan R&R. Ini adalah atas arahan daripada
seorang pegawai (lelaki) syarikat pengurusan tol / lebuhraya berkenaan. Lalu saya
pun bertanya, letak bekas makanan kat lokasi lain selain di medan selera boleh
tak? Dia jawab di semua kawasan R&R saya tidak dibenarkan letak bekas
makanan.
Saya kata baiklah tapi bagilah saya letak makanan buat
kali terakhir di sini. Selepas itu Pengawal Keselamatan menyuruh saya buang
seekor kucing jantan dewasa berwarna oren yang sedang sakit dan mengalami
kurap. Pengawal Keselamatan telah smenyediakan sebuah kotak di tempat saya
letakkan bekas makanan supaya saya buang kucing jantan itu kerana dianggap menganggu
keselesaan pengunjung medan selera.
Saya memberi alasan nantilah saya datang semula bawa
sangkar carrier. Saya kata mana boleh bawa kotak naik motorsikal. Susah nak
bawa. Kemudian dia kata kalau saya tidak angkut buang jantan berkenaan, mereka
akan buangnya juga nanti dan semua kucing-kucing yang terdapat di kawasan
R&R itu juga akan ditangkap dan dibuang ke tempat lain juga nanti. Pengawal
Keselamatan warga Nepal itu juga berkata dia bukannya tidak kesian pada
kucing-kucing itu tapi dia terpaksa menyampaikan arahan berkenaan.
kucing jantan sakit yang Pengawal Keselamatan suruh saya buang ke tempat lain dengan kadar segera |
Saya pun meninggalkan R&R berkenaan dengan
perasaan sedih. Berdasarkan pemerhatian saya yang telah memberi makan pada
kucing-kucing di hentian R&R berkenaan sejak bulan Mei 2018, saya dapati
kawasan medan selera dan R&R berkenaan tidaklah mengalami kekotoran serta berbau
busuk disebabkan najis kucing.
Saya berasa risau mengenangkan kucing-kucing di situ.
Apalah nasib mereka selepas ini. Saya harap adalah pihak yang boleh membantu
untuk menjaga serta memberi perlindungan buat kucing-kucing di situ.
gambar saya sedang merawat seekor anak kucing di hentian R&R berkenaan yang mengalami masalah kurap |
Comments