Hari ini adalah hari sedih buat saya kerana salah seekor kucing betina gelandangan yang manja dan jinak di sebuah hentian lebuhraya bertol yang tiada kedai makan dan jauh dari kawasan kediaman manusia telah dijumpai mati di tengah jalan selepas Plaza Tol. Patutlah masa saya tiba pada waktu tengahari tadi di hentian berkenaan dia tidak menyambut kedatangan saya. Biasanya dia akan sambut kedatangan saya dan dia suka duduk lepak di atas sepohon pokok. Bila saya sampai saja dia akan turun dari pokok itu untuk menyambut saya. Tapi hari ini dia tidak kelihatan. Saya tercari-cari juga dia tapi tidak juga jumpanya. Saya anggap mungkin dia sedang tidur di mana-mana dan tidak sedar kedatangan saya. Setelah meletakkan makanan dan air dalam bekas-bekas yang saya sediakan di tempat biasa, saya pun bergerak meninggalkan hentian itu seperti biasa dengan motorsikal. Kemudian tiba-tiba saya ternampak ada seekor kucing sedang terbaring di tengah jalan / lorong kanan. Pada mulanya saya ingat