Semalam 17hb April 2019 saya telah
membawa seekor kucing jantan bawah jagaan yang diberi enama Cikbu ke klinik
untuk dimandulkan kerana Cikbu telah memasuki alam dewasa. Kalau tak
dimandulkan takut nanti habis kucing-kucing betina yang masih belum dimandulkan
dalam rumah saya itu bunting pula. Anggaran usia Cikbu dalam 1 tahun 1 bulan.
Saya jumpa Cikbu pada awal bulan Mei tahun dialepas (2018) jam 2.30 pagi di
tepi jalan dalam sebuah kawasan kampung. Cikbu seekor kucing jantan yang baik,
tak banyak karenah dan manja. Dia cepat menyesuaikan diri dalam rumah saya.
Semalam sewaktu saya hendak membawa
Cikbu ke klinik, dia seolah-olah tahu saya hendak memasukkannya ke dalam
sangkar. Bila dia nampak saya pegang sangkar dia melarikan diri dan menyorok
bawah meja. Kemudian bila saya dapat pegangnya dan hendak masukkannya ke dalam
sangkar dia meronta dan sekali lagi melarikan diri bawah meja. Terpaksalah saya
minta pertolongan isteri untuk menangkap dan memasukkan Cikbu ke dalam sangkar
sambil saya menahan sangkar dari bawah supaya memudahkan Cikbu dimasukkan ke
dalam sangkar. Saya menyuruh isteri saya masukkan kaki Cikbu dulu ke dalam
sangkar supaya dia tidak meronta. Jika masukkan kepalanya dulu seperti saya
buat sebelum ini dia pasti akan meronta ketakutan kerana tak mahu masuk ke
dalam sangkar.
Akhirnya kami berjaya masukkan Cikbu
ke dalam sangkar dan kami pun bergerak dari rumah dengan menaiki kereta. Klinik
yang saya hendak bawa Cikbu itu terletak di Bandar Tasik Puteri, Rawang,
Selangor. Sebenarnya saya tidak pernak lagi bawa kucing ke klinik ini. Sahabat
facebook saya telah mencadangkang saya ke klinik berkenaan kerana caj untuk
mandulkan kucing di klinik itu lebih murah dan saya pun telah bertanya mereka
untuk kepastian sebenar tentang kos pemandulan kucing.
Ternyata memang murah. Jika sebelum
ini saya perlu mengeluarkan kos RM 180 untuk mandulkan kucing jantan manakala
kucing betina pula RM 210 di klinik yang biasa saya pergi tapi di klinik haiwan
Bandar Tasik Puteri ini hanya mengenakan caj RM 110 sahaja untuk kucing betina dan
siap bermalam lagi di klinik sebelum hendak dimandulkan. Ini bermakna saya
dapat menjimatkan RM 100.
Selepas sejam meninggalkan Cikbu,
siap pergi bersiar-siar dengan isteri dan menjamu selera, saya pun kembali
untuk melihat Cikbu dan membawanya pulang jika telah selesai. Saya dapati Cikbu
telah berada dalam sangkar yang saya bawa tapi dia tidak pula pengsan. Kebiasaanya
kucing-kucing yang saya bawa untuk dimandulkan akan pengsan dan tidak sedarkan
diri. Saya ingat belum selesai tapi rupanya Cikbu telah selamat dimandulkan.
Kemudian saya pun bertanya pada pekerja klinik berkenaan adakah kucing yang
dimandulkan disini tidak dipengsankan terlebih dahulu? Pekerja klinik itu
memberitahu kucing akan dipengsankan tapi akan cepat sedar selepas itu. Wah!
Bagus ni. Biasa pengalaman saya sebelum ini kucing yang saya bawa ke klinik
lain akan pengsan selama berjam-jam sebelum sedar kembali. Itu pun bila sedar
kucing itu kelihatan lemah dan tak bermaya. Mungkin lain klinik lain cara atau prosedur mereka
menjalankan kaedah pemandulan.
Alhamdulillah Cikbu telah selamat
dimandulkan cuma dia kelihatan seperti ketakutan. Maklumlah Cikbu tak pernah
dibawa keluar dari rumah saya dan tidak pernah berjumpa dengan orang luar. Tiadalah
saya berasa risau kucing-kucing betina yang masih belum dimandulkan dalam rumah
saya dibuntingkan oleh si Cikbu nanti.
cikbu dan chacha |
Bila kami sampai di rumah, Cikbu
terus menyorok dalam bilik yang dijadikan stor kerana masih ketakutan.
Maklumlah Cikbu memang tidak pernah didedahkan pada dunia luar. Pada sebelah
malam barulah Cikbu keluar dari tempat persembunyiannya di belakang tilam.
Comments