Pada minggu lepas 10hb April 2019
hari Rabu jam 12.10 pagi sewaktu saya pulang dari bekerja sambilan, saya telah
terjumpa seekor kucing berwarna oren yang terbaring di tepi jalan utama yang
menghubungkan 3 kawasan perumahan.
Mulanya saya ingatkan kucing oren itu
mungkin telah mati akibat dilanggar oleh kenderaan yang lalu di situ. Tapi bila
saya kuis sedikit dengan kaki saya, tiba-tiba dia tersedar dan hendak bangun
tapi dia tidak berupaya untuk bangun. Dia kelihatan tidak bermaya dan rebah
semula. Kemudian dia cuba bangun semula akhirnya dia boleh juga bangun dan
hendak datang ke saya tetapi dia tidak berupaya berjalan. Keadaannya amat
menyedihkan. Dia kelihatan kurus, comot, berbau dan mengalami penyakit kulit.
Saya syak kucing itu dibuang di situ
oleh tuannya kerana kawasan itu memang kerap terdapat kucing terbiar yang
berkeliaran kerana di kawasan itu terdapat beberapa buah kedai makan. Mulanya
saya rasa buntu kerana memikirkan tentang bagaimana saya nak membantu dan
membawanya ke klinik haiwan kerana saya tidak mampu menampung kos perbelanjaan
untuk merawatnya nanti. Tapi saya memang tidak akan membiarkannya begitu
sahaja. Kemudian saya balik ke rumah untuk mengambil sangkar kecil.
Selepas kembali semula ke lokasi
berkenaan, saya pun tanpa melengahkan masa memasukkannya ke dalam sangkar dan
terus membawanya balik. Sampai di rumah saya telah mengurungnya dalam sangkar
dan meletakkan bekas makanan dan air. Mujur dia mampu bangun untuk minum dan
makan. Dia minum air dengan banyak tapi hanya makan sedikit sahaja.
Kemudian saya berkongsi kisah kucing ini di facebook peribadi saya dan juga di beberapa group facebook berkaitan kucing untuk meminta pertolongan daripada pencinta kucing yang boleh membantu untuk merawat kucing malang ini kerana saya tidak mampu menampung perbelanjaan bagi merawatnya. Jika saya mampu dari segi kewangan sudah pasti saya tidak akan meminta pertolongan daripada netizen @ pencinta kucing.
Kemudian saya berkongsi kisah kucing ini di facebook peribadi saya dan juga di beberapa group facebook berkaitan kucing untuk meminta pertolongan daripada pencinta kucing yang boleh membantu untuk merawat kucing malang ini kerana saya tidak mampu menampung perbelanjaan bagi merawatnya. Jika saya mampu dari segi kewangan sudah pasti saya tidak akan meminta pertolongan daripada netizen @ pencinta kucing.
Dipendekkan cerita, kemudian saya
menerima satu mesej menerusi whatsapp yang dihantar oleh sahabat facebook saya.
Beliau memaklumkan kepada saya ada seseorang yang sudi membantu saya untuk
merawat kucing berkenaan. Insan berhati mulia itu sanggap mengeluarkan kos perbelanjaan dan menyuruh saya membawa
kucing itu ke klinik haiwan.
Alhamdulillah saya memang tak
menyangka ada insan berhati mulia yang sanggup menghulurkan bantuan agar kucing
malang itu boleh di bawa ke klinik haiwan untuk mendapat rawatan. Saya pun
segeralah membawa kucing itu ke sebuah klinik haiwan bertempat di Bandar Baru
Selayang yang jaraknya dari rumah saya kira-kira 12km.
Kenapa saya pergi klinik di kawasan
Rawang? Sebenarnya saya tidak pernah lagi bawa kucing untuk rawatan di
klinik-klinik haiwan yang terdapat di sekitar Rawang melainkan klinik haiwan
kerajaan. Saya pun tidak tahu klinik-klinik haiwan di kawasan Rawang ni
terletak di mana. Jadi saya pergilah ke klinik haiwan di Bandar Baru Selayang itu
kerana saya pernah menghantar beberapa ekor kucing untuk dimandulkan.
Saya pun segeralah membawa kucing itu
ke klinik berkenaan. Saya pun kena cepat kerana pukul 4 petang saya bekerja
sambilan. Kemudian saya memberitahu Doctor klinik berkenaan, kucing malang itu
saya temui malam tadi di tepi jalan dan dia lumpuh tak boleh berjalan. Doctor
berkenaan pun membuat pemeriksaan tdan memberitahu saya kucing tersebut
mengalami masalah saraf mungkin akibat dilanggar kenderaan sebab itulah dia
lumpuh. Hendak merawatnya kos agak mahal tapi kucing itu boleh berjalan semula
tanpa dirawat tapi ambil masa yang lama.
Kucing itu lemah dan kurus kering kerana tidak menjamah makanan dan minum air dalam jangka masa yang lama. Jadi saya perlu memberinya makanan dan air yang mencukupi supaya dia kembali bertenaga. Lega sedikit saya mendengarnya.
Kucing itu lemah dan kurus kering kerana tidak menjamah makanan dan minum air dalam jangka masa yang lama. Jadi saya perlu memberinya makanan dan air yang mencukupi supaya dia kembali bertenaga. Lega sedikit saya mendengarnya.
Walaubagaimanapun menurut doctor
kucing itu akan mengalami kecacatan seperti kepala akan terteleng-teleng dan
tidak stabil ketika berjalan. Tidak mengapalah asalkan dia boleh hidup. Kemudian
doctor memberikan satu suntikan, 1 bekas makanan @ wetfood untuk kucing sakit
dan 2 jenis ubat dalam betuk cecair. 1 botol ubat antibiotic dan 1 botol lagi
ubat tahan sakit. Caj yang dikenakan RM 85.00 dan saya perlu membawa kucing itu
seminggu sekali untuk dipantau keadaan kesihatannya.
Hari demi hari saya dapati keadaan
kucing itu tidak ada sebarang perubahan positif. Keadaan ini amat membimbangkan
saya. Namun saya masih menaruh harapan agar dia akan sembuh juga nanti.
Tiba-tiba pada pagi hari ahad, saya dapati dia berbunyi seolah memanggil saya
dan juga isteri. Kami rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengannya. Suaranya
adakalanya menjadi kuat seolah menahan kesakitan. Tapi saya membiarkannya dulu
buat seketika. Kemudian saya lihat dia terbaring dan seperti sedang nazak. Saya
tidak dapat berbuat apa-apa dan akhirnya dia pergi juga. Memang sedih melihat
dia telah kaku dan meninggalkan kami. Namun kami akur akan ketentuanNya.
Saya telah kebumikannya bersama seekor anak kucing bawah jagaan saya yang turut meninggalkan saya |
Beginilah kesudahan nasib kucing yang
dibuang. Kucing yang dibuang akan berdepan dengan pelbagai risiko yang oleh
mengancam nyawa mereka. Tolonglah hentikan pembuangan kucing. Sayangi dan
peliharalah kucing anda sehingga akhir hayat mereka dengan baik.
Comments