SANGGUP BALIK AWAL DARI KERJA SAMBILAN DAN MEMBAYAR RAKAN SEKERJA YANG DATANG GANTI TUGAS DEMI UNTUK MEMBANTU MENYELAMATKAN SEEKOR ANAK KUCING GELANDANGAN YANG LUMPUH
Pada malam 27hb April 2019 hari Sabtu
saya telah terbaca satu perkongsian di laman facebook mengenai seekor anak
kucing yang lumpuh di sebuah kawasan lot kedai di Batu Caves, Selangor.
Disebabkan berasa kesian melihat keadaan anak kucing itu, saya pun menyatakan
hasrat untuk membantu dalam menyelamatkan kucing berkenaan. Pada hari itu saya
sedang bekerja sambilan. Masuk pukul 4 petang dan tamat tugas pada jam 12
malam.
Kemudian saya pun bertindak menghubungi
rakan sekerja saya yang akan masuk bertugas pada jam 12 malam dan meminta pertolongannya
untuk masuk awal jam 9 malam dan saya membayarnya RM 20 kerana mengantikan
kerja saya selama 3 jam. Mujurlah rakan sekerja saya itu bersetuju untuk masuk
awal pukul 9 malam.
Kemudian bila rakan sekerja saya
sampai pada jam 9 malam, saya pun dengan segera pulang ke rumah dulu untuk
mengambil sangkar. Setibanya saya di rumah, saya berehat seketika dan minum air
sambil kucing-kucing dalam rumah saya mulalah nak bermanja. Mungkin mereka
gembira lihat saya balik awal hari itu. Selepas itu tiba-tiba barang-barang
yang di letakkan atas meja saya terjatuh ke lantai. Kucing jantan saya bernama
Dino telah menjatuhkan barang-barang berkenaan dan saya dapati ada kesan darah pada
lantai. Dino telah mengalami luka kecil pada sebelah kakinya. Terpaksalah saya
lap lantai sebelum keluar dari rumah dan juga merawat dino.
Bila dah selesai bersihkan lantai
yang ada kesan darah Dino dan rawat juga Dino barulah saya keluar dari rumah.
Saya ambil masa lama juga untuk uruskan apa yang patut sebelum meninggalkan
rumah. Selepas itu saya pun tergesa-gesa dan tak sabar nak gerak ke Batu Caves.
Seperti biasa saya menunggang motorsikal untuk bergerak ke sana.
Setelah menempuh perjalanan malam hampir
40 minit saya pun tiba ke lokasi yang dinyatakan. Kemudian saya pun meninjau
terlebih dahulu kawasan berkenaan untuk mendapatkan kepastian dan pertama
sekali saya telah terjumpa sebuah kotak yang dalamnya terdapat seekor ibu
kucing beserta seekor anaknya yang masih kecil usia mungkin tidak sampai
sebulan. Saya biarkan dulu kucing itu kerana hendak mencari anak kucing lumpuh
berkenaan.
Saya telah meronda ke seluruh kawasan
lot kedai berkenaan termasuk di kawasan belakang lot kedai tapi tidak menemui
anak kucing lumpuh itu sehingga ada seorang lelaki yang berada di lokasi itu
salah faham kerana ingat saya hendak buang kucing memandangkan saya telah
menjinjing sangkar kecil pada ketika itu .
Selepas itu saya bertanya pada
seorang pekerja kedai makanan segera di tempat sepatutnya anak kucing itu
berada. Pekerja itu memberitahu baru sebentar tadi ada seorang perempuan telah
mengambil kucing berkenaan dan rupanya mereka pekerja-pekerja kedai makanan
segera itulah yang telah menemui anak kucing lumpuh itu di kawasan belakang lot
kedai dan berkongsi maklumat tentang anak kucing lumpuh itu ke laman facebook
supaya ada pihak yang boleh membantu merawatnya.
Tempat anak kucing itu telah di letakkan oleh pemberi maklumat |
Alhamdulillah dan syukur kerana ada pihak yang telah tiba awal di lokasi dan membawa balik anak kucing itu untuk dirawat walaupun pada awalnya saya telah menyatakan hasrat untuk membantu anak kucing itu. Namun apa yang penting anak kucing itu telah diselamatkan.
Nota : Nantikan sambungan cerita ibu
kucing dan seekor anaknya yang saya jumpa dalam kotak itu.
Comments