Ini salah seekor kucing jantan yang
dilahirkan ibunya di sebuah hentian
lebuhraya bertol yang tiada kedai makan dan jauh dari kawasan perumahan. Pendek
kata disini tiada sumber membolehkan kucing-kucing yang terdapat disini mencari
dan mendapatkan makanan.
Bukan mereka 2 ekor sahaja yang hidup
gelandangan disini malah terdapat beberapa ekor lagi kucing yang senasib dengan
mereka hidup gelandangan disini. Anggaran usia kucing jantan ini dalam 6 bulan. Dulu ibunya telah melahirkan 5
ekor anak tapi yang hidup hanya dia seekor sahaja.
gambar semasa kecil |
Dulu saya pernah iklankannya untuk
menemukannya dengan keluarga angkat yang sudi menjaganya tapi tidak berjaya.
Mungkin ada hikmahnya. Kini dia semakin membesar dan terasa berat juga masa
saya mendukumgnya. Semoga dia sihat dan dapat meneruskan kehidupan di hentian
lebuhraya ini dengan selamat.
gambar terkini |
Saya berharap dapat memandulkannya
nanti kerana tidak mahu melihat populasi kucing terus meningkat dan membiak
disini. Bila membiak nanti risau pula kucing-kucing itu diapa-apakan oleh
pengguna lebuhraya yang berhenti di hentian itu atau diusir ke tempat lain oleh
pihak pengurusan lebuhraya. Hal inilah yang sentiasa membimbangkan saya.
Comments