Skip to main content

BUANG KUCING AKAN MENYUSAHKAN ORANG LAIN : BEKALAN ELEKTRIK RUMAH SAYA PERNAH DIPOTONG, AIR JUGA HAMPIR DIPOTONG. MOTORSIKAL HAMPIR DITARIK DAN LAIN-LAIN LAGI KERANA MEMBELANJAKAN WANG UNTUK MEMBELI MAKANAN BUAT KUCING-KUCING JALANAN

Setiap hari saya memberi makan tidak kurang dari 35 ekor kucing jalanan / gelandangan di beberapa lokasi terutamanya di kawasan kritikal yang telah saya kenal pasti amat sukar untuk kucing-kucing berkenaan hendak mendapatkan makanan disebabkan mereka dibuang di tempat yang tiada sumber makanan dan jauh dari kawasan kediaman manusia.
Saya perlukan paling kurang 3kg makanan kucing @ kibble setiap hari untuk diberikan pd kucing2 jalanan / gelandangan berkenaan. Itu pun saya hanya memberikan sehari sekali saja kerana itu sahaja yang mampu saya berikan dan selain itu faktor kekangan masa disebabkan ada tempat berkenaan berada jauh dari rumah saya dan juga kerana saya bekerja.
Perbelanjaan saya untuk membeli makanan kucing @ kibble juga semakin meningkat kerana terdapat penambahan jumlah kucing di beberapa lokasi disebabkan dibuang oleh tuannya di lokasi berkenaan dan ada juga kucing betina yang telah beranak.

Disebabkan perbelanjaan saya untuk membeli makanan buat kucing-kucing jalanan, saya sudah biasa menerima notis pemotongan bekalan elektrik dan air. Bekalan elektrik rumah saya pun sebenarnya pernah dipotong seketika sehingga saya terpaksa merayu kepada kontraktor TNB supaya menyambungkan semula bekalan ke rumah saya. Perbelanjaan bagi membeli barangan dapur juga tergendala. Mujurlah ada kakak dan abang ipar saya yang sudi membantu saya.

Saya juga melakukan kerja sampingan untuk mendapatkan wang tambahan bagi menampung perbelanjaan makanan kucing  supaya bekalan makanan tidak terputus buat kucing-kucing jalanan berkenaan. Saya tak sampai hati membiarkan kucing-kucing berkenaan kelaparan memandangkan ada lokasi yang tiada sumber membolehkan kucing-kucing itu mendapatkan makanan. Pendek kata kucing-kucing berkenaan boleh mati kebulur.

Saya amat mengalu-alukan sumbangan makanan kucing @ kibble buat kucing-kucing jalanan yang kelaparan itu. Jika anda sudi nak menyumbang makanan untuk kucing-kucing berkenaan, bolehlah email saya di rezekikucing@gmail.com. Saya akan berikan butiran yang diperlukan untuk kiriman makanan kucing kepada saya nanti. Saya tak kisah jenama apa sekalipun dan berapa kg walau 1kg pun saya terima.


Semoga saya diberikan kekuatan dan rezeki agar dapat meneruskan aktiviti sukarela memberi kucing-kucing jalanan / gelandangan yang kelaparan itu makan setiap hari.

Comments