Semalam hari Khamis, saya ada
kelapangan masa untuk pergi ke sebuah lokasi hentian lebuhraya bertol yang
jaraknya dari rumah saya kira-kira 22km. Di hentian lebuhraya bertol ini tiada
kedai makan serta jauh dari kediaman manusia. Yang ada hanyalah pejabat kecil
yang menempatkan pekerja lebuhraya. Ini bermakna tiada sumber membolehkan
kucing-kucing disini mendapatkan makanan.
Dulu pada tahun lepas saya kerap ke
sini hampir setiap hari untuk memberi makan pada beberapa ekor kucing
gelandangan yang terdapat disini yang dipercayai telah dibuang oleh mereka yang
tak bertanggungjawab. Kemudian disebabkan masalah perbelanjaan saya yang tidak
mencukupi bagi membeli makanan kucing @ kibble, saya dengan berat hati dan rasa
sedih terpaksa membuat keputusan untuk menangguhkan memberi makan buat
kucing-kucing disini.
gambar yang dirakam pada tahun lepas |
Memang sedih saya terpaksa membuat
keputusan menangguhkan memberi makn pada kucing-kucing disini. Tapi walaubagaimanapun
saya berasa lega bila Pengawal Keselamatan warga Nepal memberitahu saya yang
dia dan juga seorang pekerja lebuhraya turut memberi makan pada kucing-kucing
berkenaan. Alhamdulillah jadi saya tidaklah berasa risau sangat.
Comments