SELAMAT DATANG KE TEMPAT YANG TIADA SUMBER MAKANAN UNTUK KAMU. SEEKOR KUCING BARU DIBUANG DI HENTIAN LEBUHRAYA
Pada hari sabtu yang lepas, seperti
biasa saya akan ke lokasi hentian lebuhraya bertol untuk beri makan pada
kucing-kucing gelandangan di sana. Selepas meletakkan bekas makanan + air di
bahagian depan laluan masuk ke bangunan yang menempatkan surau dan tandas itu,
tiba-tiba muncul seekor kucing berwarna putih kekuningan di bahagian belakang
bangunan.
Kucing ini belum pernah saya lihat disini selama saya beri makan
setiap hari sejak setahun lalu. Apa lagi sudah semestinya dia kena buang
disini. Saya mendekatinya tapi dia tak bagi saya hendak pegangnya kerana dia
tak biasa lagi dengan saya. Jadi saya biarkanlah dia makan.
Orang yang buang kucing tu kat sini
mesti dah biasa nampak dan tahu ada orang
lain bagi makan kucing-kucing di tempat ini sungguhpun dia tahu kat di
hentian lebuhraya ni tiada kedai makan dan kawasan perumahan juga jauh. Ini bermakna
tiada sumber yang membolehkan kucing-kucing disini mendapatkan makanan untuk
dimakan.
Saya tiada masalah untuk ke lokasi ini
setiap hari, cuma saya bimbang jika ada pihak yang melaporkan kepada pihak
pengurusan lebuhraya ini untuk mengambil tindakan terhadap kucing-kucing disini.
Maklumlah bukan semua orang suka melihat kucing berkeliaran. Semoga
kucing-kucing disini semuanya selamat hendaknya dan pihak pengurusan lebuhraya
tidak mengambil tindakan terhadap kucing-kucing itu.
Comments