ALHAMDULILLAH MASIH BERPELUANG MEMBERI MAKAN PADA KUCING-KUCING TERBIAR DI PLAZA TOL LATAR TAMAN RIMBA TEMPLER
Alhamdulillah saya masih diberikan
peluang dan kesempatan untuk memberi kucing-kucing terbiar di Plaza Tol Latar
Taman Rimba Templer itu makan setiap hari bermula dari 16hb Februari 2018, sehari selepas saya ternampak mereka di situ.
Kebiasaannya saya akan pergi ke plaza
tol berkenaan pada waktu malam antara jam 11 malam ke pukul 12 malam. Kenapa
waktu malam? Sebelah siang masa saya bagaikan terlalu singkat untuk ke sana dan
tambahan pula kucing-kucing itu sudah biasa dengan kehadiran saya pada waktu
malam untuk memberi mereka makan. Tambahan pula kenderaan agak kurang pada
waktu itu memudahkan saya membuat lintasan pusingan U untuk ke tempat hentian
yang terdapat surau dan tandas. Jika saya tidak membuat lintasan pusingan U di pembahagi
jalan di Plaza Tol Latar Taman Rimba Templer itu, saya perlu perjalanan sejauh
19km dari rumah saya untuk ke hentian berkenaan. Tapi pernah jugalah sekali sekala saya ke sini pada waktu siang untuk beri mereka makan.
Saya pernah singgah ke plaza tol
latar pada pukul 2.30 pagi untuk memberi makan pada kucing-kucing itu. Pada
hari berkenaan saya pulang dari Shah Alam selepas selesai urusan penyerahan 2
ekor kucing yang cedera akibat dilanggar kenderaan kepada Sollu Shelter. Belum
pernah lagi saya beri kucing jalanan makan pada waktu
seperti itu. Walaupun keadaan yang sunyi sepi dan seorang diri pada waktu itu
saya memberanikan diri untuk memberi kucing-kucing itu makan.
Sehingga kini semuanya
berjalan lancar dan saya masih berpeluang untuk memberi kucing-kucing di Plaza
Tol Latar Taman Rimba Templer itu makan. Saya ingin merakamkan ucapan berbanyak
terima kasih kepada seorang sahabat lama saya yang saya kenali sejak dari zaman
sekolah menengah lagi iaitu MAIZATUL
SHIMA yang telah sudi menghulurkan sumbangan makanan untuk kucing-kucing di
plaza tol berkenaan.
Comments