Skip to main content

ALHAMDULILLAH MASIH BERPELUANG MEMBERI MAKAN PADA KUCING-KUCING TERBIAR DI PLAZA TOL LATAR TAMAN RIMBA TEMPLER


Alhamdulillah saya masih diberikan peluang dan kesempatan untuk memberi kucing-kucing terbiar di Plaza Tol Latar Taman Rimba Templer itu makan setiap hari bermula dari 16hb Februari 2018, sehari selepas saya ternampak mereka di situ.
Kebiasaannya saya akan pergi ke plaza tol berkenaan pada waktu malam antara jam 11 malam ke pukul 12 malam. Kenapa waktu malam? Sebelah siang masa saya bagaikan terlalu singkat untuk ke sana dan tambahan pula kucing-kucing itu sudah biasa dengan kehadiran saya pada waktu malam untuk memberi mereka makan. Tambahan pula kenderaan agak kurang pada waktu itu memudahkan saya membuat lintasan pusingan U untuk ke tempat hentian yang terdapat surau dan tandas. Jika saya tidak membuat lintasan pusingan U di pembahagi jalan di Plaza Tol Latar Taman Rimba Templer itu, saya perlu perjalanan sejauh 19km dari rumah saya untuk ke hentian berkenaan. Tapi pernah jugalah sekali sekala saya ke sini pada waktu siang untuk beri mereka makan.
Saya pernah singgah ke plaza tol latar pada pukul 2.30 pagi untuk memberi makan pada kucing-kucing itu. Pada hari berkenaan saya pulang dari Shah Alam selepas selesai urusan penyerahan 2 ekor kucing yang cedera akibat dilanggar kenderaan kepada Sollu Shelter. Belum pernah lagi saya beri kucing jalanan makan pada waktu seperti itu. Walaupun keadaan yang sunyi sepi dan seorang diri pada waktu itu saya memberanikan diri untuk memberi kucing-kucing itu makan.
 
Sehingga kini semuanya berjalan lancar dan saya masih berpeluang untuk memberi kucing-kucing di Plaza Tol Latar Taman Rimba Templer itu makan. Saya ingin merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kepada seorang sahabat lama saya yang saya kenali sejak dari zaman sekolah menengah lagi iaitu MAIZATUL SHIMA yang telah sudi menghulurkan sumbangan makanan untuk kucing-kucing di plaza tol berkenaan.

Comments

Anonymous said…
Moga Allah bantu tuan. Permudahkn segala urusan dunia akhirat tuan. Aamiin