Pada hari Sabtu 10hb Mac 2018, ada
sahabat facebook saya memberitahu terdapat anak kucing yang telah terperangkap beberapa
hari dalam sebuah rumah yang tidak berpenghuni di Kota Bidari, Country Homes,
Rawang, Selangor dan maklumat ini telah dikongsikan di laman facebook. Saya pun
memberi maklumbalas akan membantu dalam usaha mencari jalan untuk mengeluarkan
anak kucing yang terperangkap itu.
Menrut pemberi maklumat, rakannya
yang merakam video itu telah menghubungi pihak bomba, namun atas sebab-sebab
tertentu yang munasabah, pihak bomba tidak dapat membantu untuk mengerluarkan
anak kucing yang terperangkap itu. Kita kena faham pihak bomba juga ada SOP
yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi oleh mereka.
Kemudian pada pagi keesokkan harinya
hari Ahad, saya pun ke lokasi rumah yang dikatakan anak kucing terperangkap.
Jarak dari rumah saya Taman Tun Teja, Rawang ke Country Homes tidaklah terlalu
jauh namun disebabkan saya tak pernah dengar dan pergi ke Kota Bidari yang agak
tersorok dalam kawasan Country Homes, Rawang. Saya telah sesat selama sejam
walaupun menggunakan bantuan google map, bertanya kepada masyarakat sekeliling
yang saya terserempak dan menghubungi pemberi maklumat untuk menerangkan
bagaimana nak ke tempat Kota Bidari. Dia kata memang agak sukar sikit mencari
kawasan rumah itu kerana ia agak tersorok dan sukar juga untuknya menerangkan.
Tambahan pula pemberi maklumat sedang bekerja dan saya pun tak mahulah ambil
masa lama berbual dalam telefon kerana bimbang akan menganggunya yang sedang
bekerja.
Setelah sejam sesat akhirnya saya pun
sampai ke Kota Bidari dan jumpa juga rumah kosong tak berpenghuni yang anak
kucing terperangkap itu. Terlebih dahulu saya meninjau kawasan dan rumah itu
dulu. Rumah itu memang tak berpenghuni tapi di hadapan rumah itu tergantung
papantanda untuk disewa dan rumah itu pun kelihatan cantik. Kemudian saya
meninjau ke lorong belakang rumah itu. Saya dapati agak sukar bertindak untuk
mengeluarkan anak kucing itu kerana khuatir akan dituduh menceroboh rumah
orang. Lainlah jika rumah itu terbiar usang beranilah juga saya pecahkan pintu
untuk masuk ke dalam rumah.
Saya membuat keputusan untuk berehat
seketika dan menjamu selera kerana saya belum sempat bersarapan sebelum ke Kota
Bidari sambil memikirkan cara bagaimana saya boleh membantu mengeluarkan anak
kucing yang terperangkap dalam rumah itu dengan cara selamat tanpa memecahkan
apa jua objek di rumah itu. Ketika sedang menjamu selera saya sempat juga
membelek facebook. Saya dapati akhirnya anak kucing itu telah berjaya di
keluarkan dari rumah itu oleh individu sebenar yang merakamkan video kucing
terperangkap berkenaan. Alhamdulillah berbanyak terima kasih dan sekalung
penghargaan buat individu yang telah berjaya mengeluarkan anak kucing
berkenaan. Saya difahamkan bukan seekor anak kucing tapi terdapat 2 ekor anak
kucing yang terperangkap dalam rumah kosong itu.
Comments