KUCING MISTERI DI PUSARA : SEEKOR KUCING MENEMANI ISTERI AYAHANDA KETIKA SETIAP KALI MENZIARAHI PUSARA ARWAH
Sumber ini saya perolehi daripada
facebook sahabat saya iaitu Aidan Farray
https://www.facebook.com/farray.faraday?hc_ref=ARR4_kRD-I9WpXiqC5yDZEm2nOrroIYNZSm3Ysf2ED5taeWZX7wRa_Uce4BMJ6PFde8&fref=nf
yang juga merupakan anak jiran tetangga yang
saya diami di Blok Delima, Taman Tun Teja, Rawang, Selangor. Ketika sudah mula
rasa mengantuk dan hendak menutup komputer, mata kembali segar apabila terbaca
kisah yang dikongsikan oleh sahabat facebook saya ini. Mana tidaknya, kisah ini
berkaitan insan yang pernah saya kenali ketika hayatnya masih ada iaitu arwah
Ayahanda.
Apa yang amat menarik perhatian saya,
seekor kucing misteri yang tak diketahui siapa tuannya dan dari mana ia datang,
setiap kali akan muncul menemani isteri arwah ayahanda ketika menziarah
pusaranya. Kucing ini akan menemani isteri arwah Ayahanda sehinggalah selesai
bacaan yasin dan doa. Kemudiannya ia turut baring di pusara Ayahanda dan tak
berganjak walaupun isteri dan anak arwah sudah bersedia hendak pulang.
Jarak rumah arwah dengan rumah saya dekat saja. Rumah arwah Ayahanda di tingkat 2, rumah saya pula di tingkat 1. Nama panggilan Ayahanda tidak asing bagi kami jiran tetangga dan penduduk di pangsapuri Blok Delima Taman Tun Teja, Rawang, Selangor. Ini kerana Arwah Ayahanda memang baik budi pekertinya. Jadi tidak hairanlah arwah Ayahanda juga turut dikenali oleh penduduk Blok Kenanga yang bersebelahan Blok Delima. Arwah begitu disenangi oleh masyarakat setempat. Walaupun raut wajah arwah nampak serius tapi arwah sebenarnya seorang yang pandai berjenaka dan bergurau.

Arwah ayahanda memang sayangkan
kucing dan kucingnya dibela dengan baik. Saya selalu nampak ketika arwah pulang
dari kedai dan surau, jika kucingnya berada di tingkat bawah pangsapuri, pasti kucingnya
itu akan mengikutnya balik ke rumah. Arwah juga pernah menampal iklan tentang
kucingnya yang hilang. Mujur kucingnya yang hilang itu dapat dijumpai semula. Saya
selalu juga mendengar suara arwah memanggil kucingnya balik dari tingkat 2
rumahnya.
Mungkin ini salah satu bahagian yang
baik untuk arwah yang sayangkan kucing. Sehinggakan kucing yang tak tahu dari
mana datangnya, turut serta menemani isteri dan anaknya apabila setiap kali mereka
datang menziarah pusaranya. Kejadian seperti ini belum pernah lagi saya dengar berlaku di kawasan tanah perkuburan Kuala Garing, Rawang, Selangor.
Diharapkan kisah ini menjadi petunjuk
dan pengajaran yang baik untuk kita semua agar mencontohi arwah Ayahanda yang menyanyangi
kucing. Semoga roh arwah Ayahanda sentiasa dilimpahi rahmat dan ditempatkan
dikalangan mereka yang dikasihi oleh Allah swt. Alfatihah buat arwah Ayahanda.
Comments