Kisah Daisy yang pernah saya
ceritakan dulu pada entri yang lepas. Boleh baca semula kisah Daisy disini http://www.rezekikucing.com/2017/08/bagaikan-mimpi-selepas-setahun-daisy.html
Kini setiap hari pintu rumah saya
diketuk oleh beberapa anak jiran tetangga yang tinggal di blok pangsapuri yang
saya diami. Mereka nak melihat Daisy yang dianggap unik dan pelik dari segi
warna pada bahagian mukanya iaitu sebelah hitam dan sebelah lagi oren.
Bagaimana anak-anak jiran ni tahu kewujudan Daisy? Kisahnya pada satu hari,
ketika saya hendak masuk ke dalam rumah, seorang anak jiran berusia 9 tahun
yang selalu menyapa saya, ternampak Daisy yang berada di depan pintu ketika
menyambut kepulangan saya dan hendak masuk ke dalam rumah. Kemudian dia minta
nak tengok Daisy lebih dekat dengan mendukung dan memeluk Daisy.
Sejak dari hari itu, bermula
anak-anak jiran tetangga mengetuk pintu rumah setiap hari kerana nak melihat
dan bermain dengan Daisy. Tapi masalahnya Daisy ni takut pada orang luar dan
seringkali lari masuk semula ke dalam rumah. Tak dapatlah mereka bermain dengan
Daisy lama-lama.
Saya sebenarnya tidak menyangka anak-anak
jiran yang saya tidak kenali mereka sebelum ini dan tidak pernah menyapa atau
menegur saya, boleh berbaik dengan saya dan memberanikan diri mengetuk pintu
rumah dengan memanggil “Assalammualaikum
Pakcik Azhar kami datang ni nak tengok Daisy”. Saya pun bawalah Daisy
keluar untuk berjumpa peminatnya. Sebenarnya saya pun suka kedatangan anak-anak
jiran yang nak melihat dan membelai Daisy.
Daisy bersama anak-anak jiran |
Comments