Pada 29hb. Ogos 2021 yang lepas, saya telah menyelamatkan seekor anak kucing di tengah pembahagi jalan highway. Ada dua kemungkinan bagaimana anak kucing malang itu boleh berada di kawasan highway. Pertama mungkin ada pihak sengaja melepaskannya di kawasan highway. Kedua, mungkin ia menyorok di bawah kenderaan kemudian ia tidak sempat turun sebelum kenderaan bergerak. Lalu ia terjatuh ketika kenderaan yang ia tumpang itu melalui kawasan highway.
Ketika saya hendak menyelamatkan anak kucing itu, tiba-tiba ia melarikan diri. Tapi mujurlah ia tidak lari melintas jalan. Jika tidak tentu ia akan digilis kenderaan. Memang panik juga saya dibuatnya pada ketika itu.
Setelah berjaya menyelamatkan anak kucing itu, saya terpaksa membawanya sekali ketika meronda membuat kerja kutipan sampah di kawasan highway. Memandangkan saya dalam perjalanan ke kawasan tempat saya bekerja. Nak patah balik ke rumah, saya kesuntukkan masa pada waktu itu.
Saya dapati tiada sebarang kecederaan pada anak kucing itu. Berbeza dengan keadaan anak-anak kucing yang pernah saya selamatkan sebelum ini. Pasti terdapat luka atau kecederaan pada bahagian kepala atau mulut.
Alhamdulillah anak kucing itu dapat bertahan hingga saya sampai ke rumah. Apabila saya teliti keadaaannya, saya dapati ia mengalami masalah kurap yang boleh tahan juga tebalnya pada bahagian telinga. Saya sapukan dulu dengan minyak kelapa dara. Saya memang biasa gunakan minyak kelapa dara untuk merawat masalah kurap kucing.
Semasa berada dalam jagaan saya, saya lihat keadaannya biasa saja dan tidak menunjukkan ia sakit. Tapi sayang pada 15hb. September 2021 akhirnya ia pergi jua buat selamanya. Apa pun saya sudah cuba yang terbaik dan berpuashati kerana berjaya menyelamatkannya.
JEMPUT TONTON VIDEO KETIKA SAYA MENYELAMATKANNYA :
Comments