SETINGGI PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA EN. JAI SEKELUARGA YANG TELAH SUDI MENGAMBIL EMPAT EKOR ANAK KUCING TERBIAR
Semalam 27hb. September 2017 saya ada
masukkan entri berkenaan empat ekor anak kucing terbiar di ruangan kaki lima
bersebelahan kedai Watson, Bandar Baru Rawang yang perlu diselamatkan.
Alhamdulillah kesemua anak-anak kucing itu telah berjaya saya serahkan kepada En
Jai dari Seksyen 19, Shah Alam untuk dipelihara oleh beliau sekeluarga.
Saya ingin merakamkan ucapan setinggi
penghargaan berbanyak terima kasih kepada En Jai, isterinya dan anak kerana
telah sudi mengambil keempat-empat ekor anak kucing terbiar yang masih belum
putus susu dan perlukan penjagaan yang sepatutnya.
Berdasarkan pengalaman saya yang
menjalankan aktiviti secara sukarela bagi mencari atau menemukan kucing-kucing
terbiar dengan tuan baru, bukan mudah sebenarnya hendak mencari insan berhati
mulia seperti En Jai dan isteri yang sanggup mengambil tanggungjawab untuk
membela keempat-empat anak kucing itu.
En Jai, isteri dan anaknya sabar
menunggu saya dari Rawang hingga tiba di Seksyen 13 Shah Alam. Sepatutnya
temujanji saya untuk menyerahkan anak-anak kucing itu pada pukul 12 malam
semalam tapi disebabkan saya ada sedikit urusan yang perlu diselesaikan, saya
tiba kira-kira pukul 12.30.
Melalui perbualan saya dengan En Jai
dan isterinya, dapatlah saya simpulkan mereka berdua memang sayangkan kucing
terutamanya kucing terbiar. Bertuahnya anak-anak kucing itu kerana bakal mendapat
belaian kasih sayang daripada keluarga yang begitu menyayanginya.
Saya difahaman di rumah En Jai sebenarnya
sudah terdapat beberapa ekor kucing yang asalnya juga kucing terbiar. Namun
begitu, ia bukanlah alasan untuk beliau sekeluarga tidak boleh lagi memelihara
anak-anak kucing terbiar ini. Semoga kisah yang baik ini menjadi ikutan agar
kita juga boleh membantu sedikit sebanyak kucing-kucing terbiar di luar sana.
Dikesempatan ini juga, saya mendoakan
semoga En Jai sekeluarga dilimpahi rezeki yang berterusan, diberkati dan
dirahmati selalu oleh Allah swt kerana jasabaik mereka yang memelihara
kucing-kucing terbiar.
Ucapan berbanyak terima kasih juga buat buat sahabat saya iaitu Nurhafizah dari Rawang yang telah menyalurkan maklumat tentang anak-anak kucing ini dan sanggup datang setiap hari memberikan minuman susu dua kali sehari kepada anak-anak kucing itu.
Comments