Naluri anda pasti terusik apabila
melihat si comel yang baru dilahirkan terpaksa berpisah dengan ibunya. Sebagai
penjaga anda perlu bijak memeliharanya supaya proses tumbesarannya lebih
sempurna dan emosinya stabil.
SEDIAKAN MAKANAN SECUKUPNYA
Si comel anda perlu sentiasa diberi
makan. Dia memerlukan sekurang-kurangnya makan dalam tempoh 2-3 jam. Pastikan
jumlah makanan yang diberikan dalam kuantiti yang kecil, tetapi berkala.
Berikan susu khas untuk anak kucing yang boleh didapati di klinik veterinary.
Elak memberikan susu lembu pada anak kucing kerana ini akan menyebabkan
sembelit dan kehilangan air pada badan. Berikan susu suam dan gunakan botol
susu khas untuk menyusukan mereka.
BANTU BUANG AIR BESAR DAN KECIL
Anak kucing tidak boleh mengawal
proses membuang najis sehingga usia empat minggu kerana ibu kucing meransang
untuk membuang dengan cara menjiat kemaluan anak kucing. Ransangan sama boleh
ditiru dengan menggunakan kain lembut atau putik kapas yang suam dan basah.
Selepas menyusu balikkan badan anak kucing dan sapukan secara lembut pada
kemaluannya sehingga kencing atau najisnya keluar.
SEDIAKAN TEMPAT SELAMAT DAN SELESA
Anak kucing tidak mempunyai lemak
pada badan untuk mengekalkan suhu badannya. Mereka biasanya bergelumang sesama
sendiri bersebelahan dengan ibu untuk berkongsi haba. Berikan haba kepada anak
kucing yatim anda dengan menggunakan botol mengandungi air panas atau pad
pemanas dengan suhu pada kadar rendah. Kedua-duanya perlu dialas kain tebal.
Pastikan anak kucing mempunyai ruang
untuk merangkak keluar dari pad pemanas atau botol itu jika berasa terlalu
panas. Anak kucing perlu berada dalam kawasan yang dikekang seperti dalam kotak
kecil dialas dengan kain di kawasan tidak berhabuk. Disebabkan anak kucing
tidak dapat melihat, penting untuk anda memantau keadaan mereka. Berikan
makanan pejal kepada anak kucing seperti anak kucing biasa. Berikan sedikit
makanan berdaging khas. Pada usia itu juga perkenalkan dengan penggunaan kotak
najis.
KAWAL PERGERAKAN MEREKA
Masalah perilaku memang biasa berlaku
dalam kalangan anak kucing yang ditinggalkan ibu, mereka tidak dilatih dan
cenderung mengigit dengan lebih kuat, tidak bertolak ansur dan bertindak kasar.
Mereka tidak akan bersikap begini jika
dipelihara ibu, kucing dewasa atau adik-beradik mereka yang lain. Penjagaan
secara sempurna mengelakkan si comel tadi bertindak agresif dengan rakan
disekelilingnya.
Sumber dari akhbar Harian Metro, halaman klassifieds – Rabu 5 Julai
2017
Comments