Skip to main content

JANJIRA CAT HOTEL MEMERLUKAN PELABUR

Mencari PELABUR untuk besarkan JANJIRA CAT HOTEL.

Memandangkan sambutan Cat Hotel lebih memuaskan berbanding Pet Shop membuatkan saya nak tutup Pet Shop dan Perbesarkan dan perluaskan perkhidmatan Cat Hotel Sahaja(Fokus).
Cuti Hari Raya kesemua kandang telah penuh(hanya ada 25 kandang), BOOKING untuk Cuti Raya Haji pun dah penuh dan masih mendapat sambutan yang nak hantar boarding membuatkan saya terfikir nak guna ruang Pet Shop untuk dijadikan Cat Hotel(tambah ruang dan kadang).

Q: Kenapa tutup pet shop?.
A: Sebenarnya Pet Shop saya belum dibuka sepenuhnya lagi, kerana modal terlalu besar untuk simpan stok. Stok yang ada dah habis digunakan untuk Cat Shelter dan dijual. Untung pun tak banyak, sebab saya tak mampu beli dalam kuantiti yg banyak menyebabkan saya tak dapat harga murah dari pembekal. Saya tak mampu bersaing dengan Pet Shop yang besar, yang mampu beri harga lagi murah serta banyak pilihan.


Q: Cat Hotel untung ke?
A: Cat hotel modal permulaan hanya kandang, sekali beli dan mampu guna bertahun2. Kedai, tapak, pelanggan tetap saya dah ada dan semakin bertambah membuatkan saya yakin Cat Hotel mampu pergi jauh. Saya ingat cuti perayaan sahaja penuh, hari biasa pun sentiasa ada kucing keluar masuk.


Q: Tujuan cari pelabur?
A: Untuk tambah kadang ( nak beli 20-30 kandang lagi), nak upgrade Cat Hotel seperti tambah aircon, tambah air filter/ionizer dan mengajikan seorang atau dua pekerja tetap.


Q: Kenapa tak pinjam bank?
A : Saya dah cuba, rata2 bank memerlukan 6 bulan hingga setahun beroperasi barulah boleh dipertimbangkan "loan", Janjira Cat Hotel baru berusia 2 bulan.


Q: Macam mana nak jadi pelabur?
A: Saya hanya mencari SEEORANG SAHAJA PELABUR yang mampu melabur antara 10-20 ribu ringgit. Buat masa sekarang tak nak ramai2, supaya saya senang berurusan dalam pembahagian keuntungan.

Q: Bagaimana keuntungan diagihkan?
A: Pelabur akan dapat " profit sharing" sebanyak 50%, Janjira Cat Hotel 30% dan 20% diderma kepada Janjira Cat Shelter SETIAP BULAN.


Contohnya: Sebulan ~ untung bersih selepas tolak sewa kedai, gaji pekerja dan bil utiliti adalah rm1000, Pelabur akan terima rm500, Janjira Cat hotel dapat rm300 dan rm200 digunakan untuk sebagai derma kepada operasi Shelter.

Pelabur dijangka dapat balik modal jika melabur Rm10 ribu dalam masa 20 bulan(jika untung bersih rm1000 sebulan, jika untung lebih banyak, lagi cepat dapat pulangan), tetapi pelabur bukan hanya dapat duit selama 20 bulan itu sahaja, malah pelabur akan terus dapat keuntungan sampai bila2 selagi Janjira Cat Hotel tak tutup operasi.

Q: Kenapa Janjira Cat Hotel ambil 30%.
A: Janjira ada perancangan lain, duit terkumpul itu saya nak buat modal untuk bina Janjira Dog Hotel(tapak dah ada) dan buka Cawangan Janjira Cat Hotel di tepat lain (Kuala Lumpur).


Q: Kenapa bagi 20% kepada Janjira Cat Shelter.
A: Kos operasi Shelter sangat lah tinggi, donation semakin berkurangan maklumlah sekarang ramai yg dah tak mampu nak menderma dalam ekonomi sekarang yg rata2 barangan mahal. SECARA TAK LANGSUNG PELABUR AKAN MENJADI DERMAWAN.


Sesiapa yg berminat dan nak tahu keterangan lanjut boleh hubunggi saya 013-2966277(Ijan/janjira).



Comments