Skip to main content

Posts

Showing posts from 2017

KUCING JALANAN DI PASAR TAMAN TUN DR ISMAIL

Baru-baru ini saya menerima 1 mesej menerusi facebook messenger daripada seorang gadis tionghua yang berasa bimbang terhadap keselamatan kucing-kucing jalanan meminta pertolongan saya untuk menyelamatkan beberapa ekor kucing jalanan yang terdapat di pasar Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur . Mulia sungguh hati gadis tionghua ini kerana mengambil berat pasal kucing-kucing jalanan itu dan setiap hari dia datang ke pasar Taman  Tun Dr Ismail untuk memberi makan pada kucing-kucing berkenaan. Sebenarnya bagi saya hal ini amat berat untuk diselesaikan kerana terdapat kekangan tertentu untuk saya ambil dan selamatkan kucing-kucing itu. Bukannya saya tak langsung tak rasa kasihan dan simpati pada kucing-kucing itu, tapi masalah yang saya hadapi seperti ketiadaan sangkar yang banyak, kenderaan yang sesuai untuk mengangkut semua kucing itu sebab saya biasa bergerak dengan motorsikal sahaja dan tambahan pula kereta saya kecil (perodua kancil). Tapi masalah utama adalah di manakah saya nak men

OPERASI MENYELAMAT : DIGIGIT KUCING JALANAN YANG SAKIT DAN BERPENYAKIT FIV

Baru-baru ini saya berpeluang membantu Sollu Shelter dalam operasi menyelamat seekor kucing jantan jalanan yang cedera teruk dibahagian kaki belakangnya dan juga mempunyai penyakit FIV.  Pada asalnya maklumat ini berkenaan kucing ini dikongsikan oleh seorang group member di facebook group kucing. Kemudian pihak Sollu Shelter telah hubungi saya melalui whatsapp untuk meminta bantuan bagi mencari dan menyelamatkan kucing berkenaan. Kebetulan pada hari berkenaan saya agak kelapangan dan lokasi kucing ini dilaporkan berada di Serendah, Selangor taklah begitu jauh dari lokasi saya di Batu 16 Rawang, Selangor. Saya pun sangat teruja untuk menyelamatkan kucing berkenaan kerana ini merupakan pengalaman kali kedua saya dalam membantu operasi menyelamat kucing yang cedera. Tapi kali ini agak berbeza sedikit kerana kucing yang perlu diselamatkan kelihatan cedera agak teruk dibahagian kaki kiri belakang kelihatan reput.  Kemudian saya hubungi pengadu yang memuat naik kisah kucing ini di group

MUKA DEPAN AKHBAR HARIAN METRO : PUSARA KEKASIH OREN

Alhamdulillah kisah yang saya ceritakan pada entri yang lepas iaitu KUCING MISTERI DI PUSARA : SEEKOR KUCING MENEMANI ISTERI  AYAHANDA KETIKA SETIAP KALI MENZIARAHI PUSARA ARWAH https://rezekikucing.blogspot.my/2017/10/kucing-misteri-di-pusara-seekor-kucing.html telah berjaya mendapat perhatian pihak akhbar harian Harian Metro dan tersiar di muka hadapan akhbar pada 10 November 2017 – Jumaat. Sebenarnya saya tidak menyangka kisah ini berjaya menarik perhatian pihak akhbar terkemuka yg uberbahasa Melayu nombor 1 Malaysia “Harian Metro” apalagi tersiar di muka hadapan. Saya juga sebenarnya pembaca setia akhbar Harian Metro dan boleh dikatakan setiap hari saya membeli akhbar Harian Metro. Berbanyak terima kasih kepada wartawan Harian Metro iaitu tuan Mohd Hasbi Sidek Muka depan Harian Metro Wartawan Harian Metro sedang menemuramah isteri arwah Ayahanda Hj Nordin

KUCING MISTERI DI PUSARA : SEEKOR KUCING MENEMANI ISTERI AYAHANDA KETIKA SETIAP KALI MENZIARAHI PUSARA ARWAH

Sumber ini saya perolehi daripada facebook sahabat saya iaitu Aidan Farray https://www.facebook.com/farray.faraday?hc_ref=ARR4_kRD-I9WpXiqC5yDZEm2nOrroIYNZSm3Ysf2ED5taeWZX7wRa_Uce4BMJ6PFde8&fref=nf  yang juga merupakan anak jiran tetangga yang saya diami di Blok Delima, Taman Tun Teja, Rawang, Selangor. Ketika sudah mula rasa mengantuk dan hendak menutup komputer, mata kembali segar apabila terbaca kisah yang dikongsikan oleh sahabat facebook saya ini. Mana tidaknya, kisah ini berkaitan insan yang pernah saya kenali ketika hayatnya masih ada iaitu arwah Ayahanda. Apa yang amat menarik perhatian saya, seekor kucing misteri yang tak diketahui siapa tuannya dan dari mana ia datang, setiap kali akan muncul menemani isteri arwah ayahanda ketika menziarah pusaranya. Kucing ini akan menemani isteri arwah Ayahanda sehinggalah selesai bacaan yasin dan doa. Kemudiannya ia turut baring di pusara Ayahanda dan tak berganjak walaupun isteri dan anak arwah sudah bersedia hendak pulang. 

KEKEJAMAN TERHADAP KUCING : SUMBANGAN ANDA AMAT DIPERLUKAN BAGI MEMBANTU KUCING YANG CACAT KAKINYA AKIBAT DIZALIMI

Saya mohon sangat agar kita semua dapat menghulurkan sedikit sebanyak sumbangan wang bagi membantu kucing yang cacat kedua-dua kaki belakangnya akibat dizalimi oleh manusia yang melakukan kekejaman terhadapnya. Berikut adalah perkongsian daripada sahabat facebook saya Aida Arshad yang juga menjalankan aktiviti menyelamat serta memberi perlindungan dan penjagaan terhadap kucing terbiar : Salam smua Sy dgn rendah diri nk minta bantuan ehsan dr kwn2 d cni.. Anda tentu ingat yayng.. Meow yg d ikat dgn tali d kaki d dera... Yayang dh d ops d veterinar dgn kos 40rm shj + keperluannya.. Alhmdulillah... Nmun atas nasihat shbt yg lebih ariff n doc lain yg melihat kes ini... Yayang perlu d cel semula Setelah yayang d bawa cek d doc swasta... Doc mengatakn ia perlu d ops semula sbb.. Sbb kaki nya tu hrus d ptg d pngkal agr ia senang bergerak kelak jg ia xkan ada masallah effect kshtn d kemudian hr d mna tulang itu akn mnjdi prblem 1msa nnti Justeru itu estimate bill ialah

AKHIRNYA KECIK SEMAKIN SERASI DALAM RUMAH

Kecik bukanlah kucing terbiar yang saya kutip dijalanan.  Kecik sebenarnya diserahkan oleh tuannya kepada saya bersama dengan Daisy pada bulan Ogos 2017 yang lalu. Kisah Daisy yang asalnya kucing yang saya jumpa dalam kotak di hadapan rumah sewaktu usianya beberapa bulan, kemudian diberikan kepada seseorang yang berminat mengambil serta membelanya. Namun selepas setahun akhirnya Daisy dipulangkan semula kepada saya kerana tuannya yang sebelum ini membelanya telah mengalami masalah kesihatan. Kisah Daisy telah saya cerita pada entri yang lalu. Boleh baca semula kisah Daisy di link ini http://www.rezekikucing.com/2017/08/bagaikan-mimpi-selepas-setahun-daisy.html   Kecik telah diserahkan kepada saya bersama Daisy. Pada mulanya saya tidak berhasrat membela keduanya kerana bimbang kucing saya iaitu Dinaz dan Cik Kam yang sukar menerima kehadiran kucing lain dalam rumah. Lalu saya bercadang hendak menyerahkan Kecik dan Daisy pada seseorang dan sementara waktu nak menyerahkan Kecik dan

PENDATANG BARU SI IBU KUCING TERBIAR YANG DINAMAKAN DIDI

Didi merupakan kucing terbiar yang hidup gelandangan akibat dibuang oleh tuannya di kawasan blok kediaman pangsapuri saya. Lama juga saya nampak ia berkeliaran di kawasan sekitar pangsapuri sebelum dapat mendekati dan membelainya. Didi ni memang takut kat orang. Bukan mudah nak mendekati Didi apatah lagi nak membelainya. Kalau nampak orang Didi pasti lari dan menyembunyikan diri. Didi ni pun amat garang dengan kucing lain. Apabila terserempak dengan kucing lain, Didi pasti nak bergaduh dengan kucing itu, tak kiralah kucing jantan mahupun betina. Habis dikejarnya. Kebanyakan kucing memang takut dengan Didi. Bentuk fizikal Didi nampak tegap dan besar. Beratnya hampir mencecah 7 kilogram. Patutlah saya angkatnya rasa berat lain macam saja. Saya rasa Didi ni kucing jenis kacukan disebabkan bentuk fizikalnya yang berbeza dari kucing betina biasa dan matanya berwarna turquoise. Pada mulanya Didi amat takut dengan saya. Beberapa kali percubaan selama beberapa bulan untuk mendekatinya g

PAKCIK TOLONGLAH BELA ANAK KUCING NI

Beberapa hari yang lepas, pintu rumah saya diketuk oleh beberapa orang kanak-kanak (anak-anak kejiranan). Bila pintu dibuka, seorang daripada mereka bertanya, anak kucing ni pakcik punya ke? Saya jawab bukan. Saya bertanya jumpa anak kucing ni dekat mana? Bawah tangga jawabnya. Kemudian kanak-kanak ini berkata “tolonglah bela anak kucing ni pakcik, kasihan saya tengok dia masa jumpa kat bawah tangga tu”. Anak-anak jiran ni memang tahu saya sukakan kucing dan setiap hari mereka nampak saya beri kucing-kucing terbiar makan di depan rumah. Baru saya perasan, agaknya ini anak kucing gelandangan yang setiap hari singgah makan di depan rumah saya dan ibu kucing ni pun memang selalu saya belainya, sebabnya memang ia sedang bunting dan menunggu masa untuk melahirkan anaknya. Memang tepat sekali jangkaan saya kerana kanak-kanak  itu memberitahu memang itulah ibunya yang sebelum ini menyorokkan anaknya dalam himpunan kotak yang dikutip untuk dijual oleh pekerja pembersihan bangunan dan dile

KEHADIRANNYA DAISY YANG ASALNYA KUCING BUANGAN, TELAH MENGERATKAN HUBUNGAN DENGAN ANAK-ANAK JIRAN

Kisah Daisy yang pernah saya ceritakan dulu pada entri yang lepas. Boleh baca semula kisah Daisy disini http://www.rezekikucing.com/2017/08/bagaikan-mimpi-selepas-setahun-daisy.html Kini setiap hari pintu rumah saya diketuk oleh beberapa anak jiran tetangga yang tinggal di blok pangsapuri yang saya diami. Mereka nak melihat Daisy yang dianggap unik dan pelik dari segi warna pada bahagian mukanya iaitu sebelah hitam dan sebelah lagi oren. Bagaimana anak-anak jiran ni tahu kewujudan Daisy? Kisahnya pada satu hari, ketika saya hendak masuk ke dalam rumah, seorang anak jiran berusia 9 tahun yang selalu menyapa saya, ternampak Daisy yang berada di depan pintu ketika menyambut kepulangan saya dan hendak masuk ke dalam rumah. Kemudian dia minta nak tengok Daisy lebih dekat dengan mendukung dan memeluk Daisy. Sejak dari hari itu, bermula anak-anak jiran tetangga mengetuk pintu rumah setiap hari kerana nak melihat dan bermain dengan Daisy. Tapi masalahnya Daisy ni takut pada oran

SETINGGI PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA EN. JAI SEKELUARGA YANG TELAH SUDI MENGAMBIL EMPAT EKOR ANAK KUCING TERBIAR

Semalam 27hb. September 2017 saya ada masukkan entri berkenaan empat ekor anak kucing terbiar di ruangan kaki lima bersebelahan kedai Watson, Bandar Baru Rawang yang perlu diselamatkan. Alhamdulillah kesemua anak-anak kucing itu telah berjaya saya serahkan kepada En Jai dari Seksyen 19, Shah Alam untuk dipelihara oleh beliau sekeluarga. Saya ingin merakamkan ucapan setinggi penghargaan berbanyak terima kasih kepada En Jai, isterinya dan anak kerana telah sudi mengambil keempat-empat ekor anak kucing terbiar yang masih belum putus susu dan perlukan penjagaan yang sepatutnya. Berdasarkan pengalaman saya yang menjalankan aktiviti secara sukarela bagi mencari atau menemukan kucing-kucing terbiar dengan tuan baru, bukan mudah sebenarnya hendak mencari insan berhati mulia seperti En Jai dan isteri yang sanggup mengambil tanggungjawab untuk membela keempat-empat anak kucing itu. En Jai, isteri dan anaknya sabar menunggu saya dari Rawang hingga tiba di Seksyen 13 Shah Alam. Sepatu

TOLONGLAH SELAMATKAN KAMI 4 BERADIK NI. KAMI TAKDE IBU NAK MENYUSUKAN KAMI. KAMI TINGGAL DALAM KOTAK DI KAKI LIMA. APALAH NASIB KAMI KALAU TAKDE SIAPA YANG SUDI SELAMATKAN KAMI NANTI.

Info yang saya terima pagi tadi 27 September 2017 daripada seorang sahabat. Katanya ada 4 ekor anak kucing terbiar yang kini berada di kaki 5 kedai Watson, Rawang, Selangor. Anak-anak kucing terbiar ini ditinggalkan ibu. Tak tahu ibunya dimana sama ada masih hidup atau tak. Baru sebentar tadi saya pergi melihat anak-anak kucing ni masih lagi ada di tempat yang diberitahu oleh sahabat. Keadaannya kotor sikit tapi kalau lepas dimandikan pasti nampak cantik. Kasihan mengiau-giau minta makanan. Ada sesiapa yang boleh tolong selamatkan anak-anak kucing ni? Saya boleh hantar jika lokasi anda sekitar lembah klang. Boleh whatsapp saya di 011 – 2313 9954 Saya tak dapat nak tolong kerana baru saja menyelamatkan anak kucing terbiar dengan ibunya sekali tambahan pula rumah saya ni kecil. Takde ruang yang sesuai untuk tempatkan mereka 4 beradik ni. Harap sangat ada yang boleh tolong selamatkan anak-anak kucing ni.