Baru-baru ini saya menerima 1 mesej
menerusi facebook messenger daripada seorang gadis tionghua yang berasa bimbang
terhadap keselamatan kucing-kucing jalanan meminta pertolongan saya untuk
menyelamatkan beberapa ekor kucing jalanan yang terdapat di pasar Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Mulia sungguh hati gadis tionghua ini kerana mengambil berat pasal
kucing-kucing jalanan itu dan setiap hari dia datang ke pasar Taman Tun Dr Ismail untuk memberi makan pada kucing-kucing
berkenaan.
Sebenarnya bagi saya hal ini amat
berat untuk diselesaikan kerana terdapat kekangan tertentu untuk saya ambil dan
selamatkan kucing-kucing itu. Bukannya saya tak langsung tak rasa kasihan dan simpati
pada kucing-kucing itu, tapi masalah yang saya hadapi seperti ketiadaan sangkar
yang banyak, kenderaan yang sesuai untuk mengangkut semua kucing itu sebab saya
biasa bergerak dengan motorsikal sahaja dan tambahan pula kereta saya kecil
(perodua kancil). Tapi masalah utama adalah di manakah saya nak menempatkan
kucing-kucing itu nanti? Maklumlah saya tinggal di rumah pangsapuri yang kecil
dan dalam rumah saya ini pun terdapat 10 ekor kucing jalanan yang saya jaga.
Apa nasib kucing-kucing jalanan itu
sekarang? Adakah gadis tionghua itu masih memberi kucing-kucing itu makan? Saya
pun tak tahu apa perkembangannya sekarang. Saya berasa segan untuk bertanya
perkembangan pasal kucing-kucing itu daripada gadis tionghua berkenaan kerana
saya tak dapat menghulurkan sebarang pertolongan. Rasa sedih dan terkilan
kerana tak dapat bantu menyelamatkan sedikit sebanyak kucing-kucing jalanan di
pasar Taman Tun Dr Ismail itu.
Ucapan penghargaan dan BERBANYAK
TERIMA KASIH dariapada saya untuk gadis tionghua berkenaan kerana mengambil
berat dan sudi memberi makan setiap hari buat kucing-kucing jalanan di pasar
Taman Tun Dr Ismail.
Gambar gadis tionghua memberi makan pada kucing-kucing jalanan di Pasar Taman Tun Dr Ismail |
Comments