AKHIRNYA KAU PERGI JUA : KUCING JANTAN HIDUP TERBIAR DI SEBUAH HENTIAN HIGHWAY SELEPAS DIBUANG DITIMPA MUSIBAH
Pada 29hb Mac 2021 (malam) seperti biasa saya singgah di sebuah hentian sebelah highway yang tiada kedai makan dan jauh dari kawasan kediaman manusia, selepas selesai memberi makan kepada kucing-kucing terbiar di sebuah hentian R&R yang tutup selama bebeapa bulan untuk kerja baik pulih dan ubah suai.
Saya singgah di hentian ini untuk memberi makan kepada beberapa ekor kucing terbiar yang terdapat disini. Terbaru ada seekor kucing jantan dibuang di sini kira-kira 2 bulan lalu. Kucing jantan ini memang manja dan jinak. Saya dan pekerja pembersihan yang bertugas di hentian itu berasa kesian dan sayangkan kucing jantan yang masih belum diberikan nama.
Kebiasannya bila saya singgah di hentian highway itu, kucing ini akan menyambut kedatangan saya. Ia bagaikan boleh menghidu kehadiran saya untuk memberinya makan. Selalu saya berinya makan makanan jenis basah dalam pek dan meninggalkan juga makanan biskut kucing serta air sebelum bergerak pulang.
Tapi pada hari berkenaan ( 29 Mac 2021) kucing jantan ini tidak munculkan dirinya. Kemudian saya bertanya kepada Pekerja Pembersihan (seorang wanita) di mana kucing jantan berkenaan? Lalu dengan wajah sedih beliau menjawab, kucing itu sakit dan tidak larat hendak bangun dan bergerak.
Beliau siap selubungkan kucing itu dengan jaket keselamatannya. Selepas itu saya dapati beliau menangis kerana berasa sedih sangat melihat keadaan kucing itu. Beliau tidak pasti musibah apa sebenarnya yang telah menimpa kucing itu. Pada sebelah pagi kucing itu kelihatan elok saja. Tapi pada petang beliau tiba-tiba beliau didapati kucing itu sakit dan tidak berupaya berjalan dan kemudian terbaring.
Berdasarkan pengalaman saya, kemungkinan kucing itu telah dilanggar kenderaan yang berhenti singgah di hentian berkenaan. Memang benar saya dapati kucing itu tidak berupaya bangun dan berjalan. Bila ia bangun, ia akan rebah semula. Saya sempat juga berinya makan makanan basah dalam pek.
Saya hendak bawanya balik ke rumah pada malam itu juga tapi saya menunggang motorsikal dan sudah pastinya tiada keperluan untuk saya bawa sangkar. Jadi terpaksalah tinggalkan kucing itu dan datang semula esok disebabkan jarak kediaman saya dengan hentian highway berkenaan kira-kira hampir 20km.
Tapi sebelum meninggalkan hentian highway itu, saya telah meminta pertolongan pekerja pembersihan berkenaan agr beliau dapat memantu kucing itu dan letakkannya di tempat yang selamat sementara saya datang keesokkan harinya disebabkan saya tidak membawa sangkar kerana tiada keperluan. Beliau kata akan letakkan di dalam bilik stor.
Seperti dijanjikan, pada keesokkan harinya (30 Mac 2021) pada sebelah malam, saya datang untuk membawa pulang kucing itu untuk dibawa ke klinik haiwan. Bila saya sampai di hentian berkenaan, saya pun terus bertanya mencari pekerja pembersihan dan bertanya dimana kucing itu? Beliau sangkakan saya telah membawa pulang kucing itu kerana sejak petang beliau tidak nampak kucing berkenan.
Saya memberitahu saya baru saja sampai. Kemudian kami pun mencari kucing itu sekitar kawasan hentian tapi tak nampak kelibatnya. Selepas itu pekerja pembersihan menghubungi rakan sekerjanya sama ada beliau ada ternampak kucing itu sebelum beliau pulang? Rakannya itu berkata beliau ada nampak di belakang surau di celah pokok-pokok hiasan.
Lalu saya dan pekerja pembersihan itu mencari di belakang surau. Ya memang betul kucing itu ada di celah pokok hiasan. Saya telah berjanji kepada pekerja pembersihan itu sekiranya kucing ini telh sembuh, saya akan bawanya semula ke hentian berkenaan. Ini kerana beliau memang menyayangi kucing itu. Kemudian saya pun membawanya balik.
Keesokkan harinya saya telah membuat temujanji dengan sebuah klinik yang ada menyediakan perkhidmtan x-ray untuk membawa kucing itu untuk pemeriksaan dan juga rawatan. Tapi disebabkan saya sibuk dengan pelbagai urusan, jadi saya tidak sempat membawa kucing itu ke klinik pada 31hb Mac 2021. Saya terpaksa tangguhkan ke hari esok (1hb April 2021).
Tapi malangnya pada hari sepatutnya saya bawanya ke klinik (1hb April 2021), ia telah menghembuskan nafasnya pada sebelah pagi sebelum sempat bawa ke klinik untuk ujian x-ray, pemeriksaan dan rawatan yng sepatutnya. Maafkan papa. Papa dah cuba menyelamatkan kamu tapi apakan daya.
kebumikannya di kampung halaman saya |
Dkesempatan ini saya mengucapkan “berbanyak terima kasih” kepada sesiapa / anda yang telah sudi menghulurkan bantuan sumbangan untuk saya membawa kucing berkenaan ke klinik untuk rawatan. Insha Allah wang sumbangan yang masih belum digunakan itu akan saya manfaatkan untuk merawat beberapa ekor kucing terbiar yang sedang sakit. Sebarang perkambangan akan saya maklumkan nanti.
Comments