Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2019

ANAK KUCING YANG DISELAMATKAN AKHIRNYA PERGI PADA HARI SEPATUTNYA IA MENEMUI KELUARGA ANGKATNYA

Malang sekali anak kucing yang saya selamatkan di sebuah hentian highway tempohari seperti yang saya ceritakan pada entri sebelum ini : https://rezekikucing.blogspot.com/2019/11/selamatkan-anak-kucing-yang-dibuang-di.html telah pergi. Saya tidak pasti anak kucing ini sakit apa. Anak kucing itu sepatutnya   diserahkan dan menemui keluarga angkatnya pada hari Jumaat – 22hb November 2019. Bakal keluarga angkatnya itu sebenarnya adalah orang kampung saya. Mereka pulang ke kampung di Rawang seketika untuk bercuti dan akan membawa pulang anak kucing itu ke kediaman mereka di Ipoh, Perak. Ketika mengali lubang untuk mensemadikannya saya berasa sedih. Sudah ada sinar harapan buat anak kucing itu tapi malangnya ia pergi tanpa sempat menemui keluarga barunya. Bukan mudah hendak mendapatkan pihak yang sudi menjaga kucing-kucing yang dibuang. Apa pun saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada insan-insan yang telah sudi hendak memberinya penjagaan dan perlindungan.

KUCING GELANDANGAN YANG SAYA BERI MAKAN SETIAP HARI DI HENTIAN HIGHWAY TELAH DILANGGAR KERETA

Pada 20hb. November 2019 yang lalu sewaktu saya singgah ke sebuah hentian highway untuk beri makan pada kucing-kucing gelandangan yang terdapat di situ selepas saya pulang dari kerja sambilan lebih kurang pukul 7.30 malam, seorang pekerja pembersihan / cleaner warga Rohingya yang saya kenali sejak  tahun lepas telah memberitahu saya bahawa seekor kucing jantan telah dilanggar sebuah kereta ketika kucing itu sedang tidur di bawah kereta berkenaan.   Kemudian saya lihat keadaan kucing itu tidaklah mengalami luka yang teruk di bahagian luarannya. Tapi kaki kiri bahagian depannya terdapat luka dan tidak boleh menggunakan kaki itu untuk berjalan. Ia boleh berjalan tapi tempang kerana berjalan menggunakan tiga kaki. Risau juga takut terdapat kecederaan lain pada anggota badannya atau kecederaan dalaman. Ini kerana cleaner warga rohingya dan seorang lagi saksi Pengawal Keselamatan warga Nepal memberitahu saya bahawa mereka nampak sebahagian badan kucing itu telah digilis oleh sebuah

SELAMATKAN ANAK KUCING YANG DIBUANG DI HENTIAN HIGHWAY

Pekerja Pembersihan (Cleaner) warga Indonesia ternampak sebuah kereta berhenti kemudian lepaskan seekor anak kucing. Pada 15hb. November 2019 yang lalu, saya telah menyelamatkan seekor anak kucing berwarna putih oren anggaran anggaran usia dalam 2 bulan yang telah dibuang di sebuah hentian highway yang tiada kedai makan dan jauh dari kediaman manusia.   Setiap hari saya akan singgah di hentian highway berkenaan untuk memberi makan pada kucing-kucing gelandangan yang terdapat di situ. Saya telah lakukan aktiviti beri kucing gelandangan makan di tempat itu sejak bulan march tahun lepas. Bila saya tiba di hentian highway berkenaan dalam keadaan hujan pada ketika itu, seorang cleaner memberitahu saya ada orang buang seekor anak kucing. Dia ternampak sebuah kereta berhenti kemudian lepaskan anak kucing itu dan segera beredar. Cleaner beritahu anak kucing itu sedang menyorok disebalik siling lama yang disandarkan pada dinding bahagian luar surau. Kemudian saya segera dapatka

SELAMATKAN SEEKOR ANAK KUCING HAMPIR DILANGGAR MOTORSIKAL KERANA MENGEKORI PELAJAR HINGGA KE PAGAR SEKOLAH

Kesian seekor anak kucing gelandangan yang kurus dan berkurap berjalan hingga kira-kira 250 meter kerana mengekori pelajar sekolah dari kawasan lot kedai hingga ke pagar sekolah. Pada 10hb. November 2019 yang lalu, sewaktu saya ada urusan di sebuah taman perumahan di Rawang, Selangor, tiba-tiba saya ternampak seekor anak kucing dalam anggaran usia 3 bulan sedang berjalan mengekori pelajar sekolah menengah dari kawasan lot kedai. Kemudian setelah   selesai urusan peribadi berdekatan lot kedai berkenaan, saya pun pergi mencari anak kucing itu.   Saya dapati ia telah hampir sampai ke pagar utama sekolah yang jaraknya dari kawasan lot kedai tadi kira-kira 250 meter. Sebelum itu dari jarak 20 meter saya perhatikan ia hampir dilanggar sebuah motorsikal. Ia mengekori pelajar sekolah itu mungkin kerana ingin meminta pertolongan dan simpati. Disebabkan berasa kesian melihat keadaannya yang kurus, comot dan berkurap, saya pun buat keputusan untuk bawanya pulang. Tidak sampai h

JUMPA KUCING DALAM KOTAK DIBUANG DI LOKASI BERI MAKAN KUCING JALANAN

Memang tepat jangkaan saya bila buka kotak tengok ada ibu kucing dengan 2 ekor anaknya. Semalam sewaktu saya ke lokasi biasa yang saya beri makan pada kucing-kucing jalanan / gelandangan, saya ternampak sebuah kotak yang diletakkan di bawah pokok. Dalam hati saya rasa mungkin terdapat kucing dalam kotak itu kerana di situ memang kerap orang buang kucing tapi saya belum pernah lagi jumpa kucing dalam kotak. Saya dapati si ibu dan anak-anaknya itu mengalami masalah kulit dan si ibu juga kelihatan kurus. Saya rasa mungkin ada mata yang selalu memerhati ketika saya sedang beri makan pada kucing-kucing yang terdapat di situ. Berdasarkan pemerhatian saya kebanyakkan kucing-kucing jalanan / gelandangan di situ sakit. Semoga ada pihak yang boleh membantu kucing-kucing jalanan / gelandangan di lokasi berkenaan. Saya tidak mempunyai dana untuk merawat mereka.

SELAMATKAN SEEKOR KUCING BETINA SAKIT DAN KURUS MENYOROK DALAM LUBANG LONGKANG

Kesian melihat keadaan kucing betina yang dipercayai telah dibuang di tepi jalan berhampiran dengan pasaraya besar. Ia berteduh dalam lubang longkang yang boleh mengancam nyawanya. Pada pagi semalam sewaktu saya hendak ke sebuah pasaraya besar, di tepi jalan utama yang menghubungkan pasaraya besar, sekolah rendah dan sebuah taman perumahan, tiba-tiba saya ternampak seekor kucing mengeluarkan kepalanya dari lubang longkang berkenaan. Kemudian saya memberhentikan motorsikal dan memanggilnya. Kesian melihat keadaannya yang kelihatan seperti sakit dan seakan bunting. Memandangkan pada ketika itu saya ada urusan peribadi yang perlu diselesaikan terlebih dahulu, jadi saya tidak dapat membantunya dengan kadar segera. Selepas selesai urusan saya barulah saya dapat membantunya dan saya bercadang hendak memindahkannya ke sebuah rumah terbiar milik kawan lama saya sementara ada pihak yang boleh memberinya penjagaan dan perlindungan. Pada masa yang sama saya telah berkongsi berkena

KUCING SERING BERAK ATAS KATIL MENYEBABKAN TUANNYA TIDAK MAHU LAGI PELIHARANYA

Alhamdulillah dapat menemukan seekor kucing betina dengan keluarga barunya.  Pada hari Ahad lepas saya didatangi oleh seorang anak jiran berusia 8 tahun. Dia bertanya kepada saya “pakcik Azhar nak tak kucing saya tu”? Kucing yang dia maksudkan itu adalah seekor kucing betina yang sering datang makan makanan biskut kucing yang saya letakkan di luar pintu rumah. Saya juga sering membelai kucingnya itu. Kemudian saya bertanya kenapa dah tak nak bela kucing tu lagi? Anak jiran itu kata ia sering berak merata dalam rumah termasuk atas katil. Aduh kesiannya. Saya tidak boleh lagi ambil kucing kerana memberi perlindungan dan penjagaan buat 23 ekor kucing di dalam rumah kecil saya. Memang tidak boleh lagi menampung tambahan kucing. Jadi tengahari semalam saya pun iklankan di laman facebook saya untuk mencari penjaga baru buat kucing itu. Selepas itu   petang semalam  saya menerima whatsapp daripada sahabat facebook saya yang menyatakan dia sudi membela kucing betina berkenaan

TINDAKAN ZALIM BUANG KUCING DI TEMPAT YANG BOLEH MENGANCAM NAYAWANYA DAN BOLEH MATI KEBULUR KERANA TIADA SUMBER MAKANAN

Jumpa seekor kucing betina bunting di bawah bulatan Batu Caves. Kesian bagaimana kucing betina bunting itu hendak mendapatkan makanan kerana ia terkepung di bahagian tengah yang dikelilingi jalan besar yang sibuk dengan kenderaan. Bagaimana ia hendak keluar dari situ? Pada hari Khamis yang lepas sewaktu pulang dari Kuala Lumpur dan melalui Jalan Ipoh / Selayang, saya telah berhenti seketika di tempat hentian berteduh motorsikal di bawah bulatan Batu Caves. Tiba-tiba saya ternampak seekor kucing. Kemudian saya mendekatinya dan memberinya makan biskut kucing yang saya bawa. Saya dapati ia seekor kucing betina yang sedang bunting. Ia tidaklah jinak tapi saya masih boleh mendekatinya cuma ia tidak benarkan saya menyentuhnya. Kesian melihat keadaannya. Siapalah yang tergamak membuangnya di kawasan itu. Sangat bahaya untuknya dan tiada sumber membolehkannya mencari atau mendapatkan makanan. Tindakan ini adalah zalim dan sudah tentu boleh mengancam nyawanya. Terdedah pada bahaya