Sejak dari kecil saya memang tak suka dan rasa takut pada anjing disebabkan saya selalu kena kejar dengan anjing yang ada tuan. Walaupun saya tak sukakan anjing, tapi saya berasa kesian melihat anjing-anjing liar yang kelaparan dan kelihatan kurus kering. Namun begitu saya tidak pernah menyakiti anjing dan pernah juga memberi makan pada anjing liar yang kelaparan. Jika kita tidak sukakan anjing atau tidak suka melihat anjing liar berkeliaran di kawasan kediaman kita kerana takut anjing liar itu membuat kacau ganggu, janganlah bertindak kejam atau membunuh anjing-anjing liar itu seperti meletakkan racun atau jarum pada makanan. Mereka juga adalah makhluk bernyawa. Berikut adalah petikan yang saya ambil dari laman facebook milik seorang netizen : Sumber daripada laman web Mufti Wilayah Persekutuan : Nyawa setiap binatang juga perlu dipelihara dan tidak boleh dibunuh sesuka hati secara sewenang-wenangnya. Nabi SAW bersabda: مَنْ قَتَلَ عُصْفُورًا عَبَثًا عَجَّ