Dalam banyak-banyak kucing
gelandangan yang saya selalu beri makan, seekor kucing ini amat menyedihkan keadaannya
kerana mengalami penyakit kurap teruk yang telah merebak seluruh badannya dan
juga keadaannya yang kurus. Saya jumpanya pada suatu malam di hadapan sebuah
kedai karpet ketika hendak pulang ke rumah selepas selesai memberi makan pada
kucing-kucing gelandangan di beberapa lokasi.
Sebenarnya saya sengaja lalu di kawasan
lot kedai itu untuk memerhati kot manalah tahu terdapat kucing gelandangan yang
saya boleh beri makan. Maka selepas itu
setiap malam saya pasti ke kedai karpet itu untuk memberinya makan. Walaupun
terdapat restoran mamak yang berada tidak jauh dari kedai karpet berkenaan, saya
rasa kucing ini tidak pandai mencari makanannya sendiri atau ia berasa takut
bila melihat ramai orang. Sekalipun jika ia berani pergi ke restoran mamak itu,
saya rasa pengunjung restoran tentu berasa tak selesa melihat keadaannya yang
berkurap dan mungkin akan dihalau. Jadi sebab itulah kucing malang ini
kelihatan kurus.
Namun setelah 3 hari memberinya
makan, kucing ini sudah tidak kelihatan lagi. Kini sudah 4 hari ia tidak
munculkan dirinya. Ke manalah ia menghilangkan diri. Harap ia tak apa-apa. Saya
berasa sangat kesian melihat keadaannya tapi apakan daya saya cuma dapat
memberinya makan sahaja. Saya tidak dapat membantu merawatnya dan berkeupayaan
dari segi kewangan untuk membawanya ke klinik haiwan. Maafkan aku kerana tak
dapat menolongmu wahai si kucing malang.
Comments