Apabila kucing dianggap sebagai suatu kacauganggu kepada
penghuni pangsapuri.
Ini baru pertama kali penulis nampak notis seperti ini
ditampal di perumahan strata.
Notis ini ditampal pada dinding berdekatan pintu masuk lif blok
pangsapuri tempat tinggal penulis.
Maaf gambar notis kurang jelas. Jadi penulis salin semula
sebahagian isi kandungan dalam notis ini :
akta kerajaan tempatan 1976 (akta 171)
kepada : pemilik premis
beralamat : blok delima dan blok kenanga, taman tun teja
sila ambil perhatian bahawa dibawah seksyen 82 akta kerajaan
tempatan, 1976, majlis perbandaran selayang tidak berpuashati tentang adanya di
seperti diatas
suatu kacauganggu iaitu : memelihara haiwan peliharaan
didalam premis dan dengan ini mengkehendaki kamu dalam tempoh 3 hari (nyatakan
masa) dan tarikh notis ini disampaikan menghapuskan kacauganggu itu dan
menjalankan apa-apa kerja dan melakukan apa-apa perkara yang perlu bagi maksud
iaitu pemindahan haiwan peliharaan dari kawasan ini (sama sekali tidak
dibenarkan dikawasan strata)
sila ambil perhatian bahawa jika kamu gagal mematuhi
mana-mana kehendak notis ini dalam tempoh yang dinyatakan itu. kamu boleh
apabila disabitkan dikenakan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau
penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya dibawah
subsekyen 82 (5) akta kerajaan tempatan 1976
tarikh notis 19/05/2017
Comments
http://gilahartanah.com/bela-haiwan-dalam-rumah-strata-boleh-ke/